EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Ummi Noor Nazahiah Abdullah

Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr) · 30.06.2026 · 8 (1) · 75-81

DOI: 10.58915/mjer.v8.2026.3272 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr), online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Ummi Noor Nazahiah Abdullah.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian kes ini dijalankan untuk meneroka tahap keselesaan pilihan bahasa dalam kalangan 15 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Perlis serta menilai perkaitannya dengan prinsip ergonomik kognitif berdasarkan model Pemprosesan Maklumat Manusia (PMM). Pendekatan kuantitatif dengan persampelan bertujuan digunakan dan data dikumpul melalui borang soal selidik berstruktur yang mengukur amalan bahasa merentasi lima konteks persekitaran, lalu dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan Pekali Korelasi Pearson (r). Hasil kajian mendapati bahasa Melayu mendominasi interaksi sosial lisan dengan pemindahan linear yang stabil dari rumah ke universiti (r = 0.53), yang berfungsi mengaktifkan skema sedia ada bagi mengurangkan beban kerja mental. Sebaliknya, peralihan kod secara drastik kepada bahasa Inggeris dikesan dalam mod bacaan bahan akademik (r = 0.00) demi memetakan istilah teknikal secara terus tanpa penterjemahan sekunder. Di dalam bilik kuliah, pelajar mengadaptasi pendekatan dwibahasa secara luwes bagi mengimbangi keselesaan afektif dan ketepatan saintifik. Kesimpulannya, medium yang paling ergonomik buat pelajar bukanlah bahasa tunggal, melainkan kebebasan kognitif untuk mengadun bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara dinamik sebagai strategi pengurusan beban kognitif luaran bagi mengoptimumkan kapasiti memori kerja dalam penyelesaian masalah kejuruteraan yang kompleks.

Zitieren

APA

Abdullah, U. N. N. (2026). Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr), 8(1), 75-81. https://doi.org/10.58915/mjer.v8.2026.3272

Vancouver

Abdullah UNN. Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr). 2026;8(1):75-81. doi:10.58915/mjer.v8.2026.3272

BibTeX
@article{Abdullah2026,
  author = {Abdullah, Ummi Noor Nazahiah},
  title = {Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal},
  journal = {Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr)},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {1},
  pages = {75--81},
  doi = {10.58915/mjer.v8.2026.3272}
}
Kostenlos starten →