EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pemahaman Leksikal dalam Peribahasa di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes

Nur Saiyidah Aiman Mohamad Al-Ghazali, Maizura Osman, Noor Anis Izzatiy Mohd Jizi, Noramirah Faqihah Abdullah, Nur Athirah Bariah Roslan

Jurnal Wacana Sarjana · 12.11.2026 · 10 (3) · 45-62

DOI: 10.17576/jws.v10i3.748 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 12.11.2026. Verfasst von Nur Saiyidah Aiman Mohamad Al-Ghazali und 4 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Pemahaman leksikal yang membentuk peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah rendah merupakan aspek yang penting untuk dititikberatkan kerana pemahaman terhadap unsur leksikal tersebut menjadi asas kepada penguasaan makna peribahasa, sekali gus meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Namun begitu, pelajar sekolah rendah mengalami kesukaran untuk memahami makna leksikal yang disampaikan dalam peribahasa untuk mengaitkannya dengan konteks yang terdapat dalam sesuatu peribahasa. Oleh itu, objektif utama telah digariskan, iaitu: (i) menganalisis pemahaman leksikal yang terdapat dalam peribahasa terhadap pelajar, dan (ii) menghuraikan tahap pemahaman pelajar terhadap leksikal yang terdapat dalam peribahasa berdasarkan kerangka Teori Relevans. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif berbentuk kajian lapangan dan analisis kandungan, iaitu buku teks Buku Teks Bahasa Melayu KSSR,. Kajian ini dikategorikan sebagai kajian kes pelbagai lokasi. Kajian dijalankan di dua buah sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Rincing Hilir (SKRH), mewakili sekolah kawasan luar bandar dan Sekolah Kebangsaan Seri Indah (SKSI), mewakili kawasan bandar. Seramai 15 orang pelajar terdiri daripada pelajar tahun 2, tahun 4 dan tahun 6, telah ditemu bual dengan berbantukan borang soal selidik untuk mendapatkan data berkaitan tahap pemahaman mereka terhadap leksikal peribahasa yang dipelajari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cenderung memahami leksikal yang terdapat dalam peribahasa secara literal sahaja berdasarkan objek yang digunakan, dan hanya sebahagian kecil mampu mengaitkan maksud tersirat leksikal dengan konteks peribahasa. Analisis juga mendapati bahawa faktor persekitaran, tahap pendedahan serta kaedah penyampaian dalam buku teks memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kefahaman pelajar. Kajian ini mencadangkan agar bahan pengajaran yang bersifat lebih kontekstual dan interaktif diperkenalkan dalam usaha meningkatkan kecekapan murid dalam memahami leksikal yang terdapat dalam peribahasa dengan lebih mendalam. Kata kunci: pemahaman leksikal, peribahasa, buku teks KSSR, pragmatik, semantik ABSTRACT Lexical comprehension of proverbs among primary school students is essential, as mastering these elements forms the foundation for understanding proverbial meanings and enhancing language skills. However, students experience difficulties in comprehending lexical meanings and relating them to their specific contexts. Therefore, this study aims to: (i) analyze students' lexical comprehension of proverbs, and (ii) describe their comprehension levels based on the Relevance Theory framework. This multi-site case study employs a mixed-method design comprising a field study and content analysis of KSSR Malay Language Textbooks. Research was conducted at Sekolah Kebangsaan Rincing Hilir (rural) and Sekolah Kebangsaan Seri Indah (urban), involving 15 interviewed students from Years 2, 4, and 6, guided by a questionnaire. The findings indicate that students tend to understand proverbial lexicals literally based on the objects used, with only a small minority able to connect the implicit meanings with the context. The analysis also reveals that environmental factors, exposure levels, and textbook presentation methods significantly influence student comprehension. Consequently, this study suggests implementing more contextual and interactive instructional materials to deepen students' proficiency in understanding proverbial lexicals. Keywords : lexical comprehension, idioms, KSSR text book, pragmatic, semantic

Zitieren

APA

Al-Ghazali, N. S. A. M., Osman, M., Jizi, N. A. I. M., Abdullah, N. F., & Roslan, N. A. B. (2026). Pemahaman Leksikal dalam Peribahasa di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 45-62. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.748

Vancouver

Al-Ghazali NSAM, Osman M, Jizi NAIM, Abdullah NF, Roslan NAB. Pemahaman Leksikal dalam Peribahasa di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):45-62. doi:10.17576/jws.v10i3.748

BibTeX
@article{AlGhazali2026,
  author = {Al-Ghazali, Nur Saiyidah Aiman Mohamad and Osman, Maizura and Jizi, Noor Anis Izzatiy Mohd and Abdullah, Noramirah Faqihah and Roslan, Nur Athirah Bariah},
  title = {Pemahaman Leksikal dalam Peribahasa di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  volume = {10},
  number = {3},
  pages = {45--62},
  doi = {10.17576/jws.v10i3.748}
}
Kostenlos starten →