Masalah Psikososial Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Faktor penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan Spiritual
Journal of Islamic Education · 18.06.2026 · 12 (1) · 27-43
DOI: 10.22452/jier.vol12no1.3 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Islamic Education, online erschienen am 18.06.2026. Verfasst von Chairul Azlan Mohd Johari und 5 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Masalah psikososial dalam kalangan pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan apabila data semasa menunjukkan peningkatan gejala seperti tekanan emosi, kemurungan, kebimbangan, ponteng sekolah, salah laku tingkah laku dan kecenderungan mencederakan diri. Isu ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk tekanan akademik, pengaruh media sosial, masalah keluarga, kekangan ekonomi dan persekitaran sekolah yang kompleks. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bentuk masalah psikososial yang dialami oleh pelajar, meneliti faktor penyumbangnya serta menganalisis peranan guru Pendidikan Islam (GPI) dalam menangani isu ini di peringkat sekolah menengah. Reka bentuk kajian adalah kualitatif kajian kes melibatkan temu bual separa berstruktur bersama seorang Guru Pendidikan Islam dan seorang kaunselor di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik disokong dengan triangulasi data dan semakan penyelidik bagi meningkatkan ketepatan dapatan. Dapatan kajian menunjukkan tiga bentuk utama masalah psikososial iaitu (i) masalah disiplin dan tingkah laku seperti ponteng sekolah dan tidur semasa kelas, (ii) masalah pengurusan emosi termasuk idea mencederakan diri dan salah faham terhadap mekanisme daya tindak serta (iii) masalah berasaskan konflik keluarga. Faktor penyumbang yang dikenal pasti merangkumi geografi bandar yang terdedah kepada risiko sosial, motivasi akademik rendah, kekangan ekonomi, masalah keluarga dan pengaruh media sosial. Kajian turut mendapati GPI memainkan peranan signifikan dalam menyokong kesejahteraan emosi dan spiritual pelajar melalui amalan nilai-nilai agama di sekolah. Justeru, artikel ini mencadangkan pelaksanaan latihan profesional berasaskan psikologi Islam dan kemahiran komunikasi guru diperkasakan bagi meningkatkan keupayaan GPI dalam menangani masalah psikososial secara holistik dan berkesan.
Zitieren
APA
Johari, C. A. M., Batia, S. N., Kasim, T. S. A. T., Salahuddin, H., Rahman, H. F. A., & Ramsyah, N. Z. A. A. (2026). Masalah Psikososial Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Faktor penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan Spiritual. Journal of Islamic Education, 12(1), 27-43. https://doi.org/10.22452/jier.vol12no1.3
Vancouver
Johari CAM, Batia SN, Kasim TSAT, Salahuddin H, Rahman HFA, Ramsyah NZAA. Masalah Psikososial Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Faktor penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan Spiritual. Journal of Islamic Education. 2026;12(1):27-43. doi:10.22452/jier.vol12no1.3
BibTeX
@article{Johari2026,
author = {Johari, Chairul Azlan Mohd and Batia, Syamimi Nabilah and Kasim, Tengku Sarina Aini Tengku and Salahuddin, Hanin and Rahman, Husna Farihah Abdul and Ramsyah, Nuraliah Zatul Akmam A},
title = {Masalah Psikososial Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Faktor penyumbang dan Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Menyokong Kesejahteraan Emosi dan Spiritual},
journal = {Journal of Islamic Education},
year = {2026},
volume = {12},
number = {1},
pages = {27--43},
doi = {10.22452/jier.vol12no1.3}
}
EUVIMED