PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN KECEKAPAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA DI KELANTAN
International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62) · 1623
DOI: 10.35631/ijepc.1162095 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Zulailawati Saufi und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 23 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Pendekatan pembelajaran merupakan antara faktor dalaman yang berperanan penting dalam mempengaruhi kecekapan kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA). Walaupun Bahasa Arab diajar secara sistematik dan berterusan dalam kurikulum pendidikan agama di Malaysia, tahap penguasaan kemahiran bertutur pelajar masih menunjukkan variasi yang ketara. Situasi ini menuntut penelitian terhadap pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar KAA serta menilai tahap kecekapan kemahiran bertutur Bahasa Arab mereka. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan 30 orang pelajar Kelas Aliran Agama di sebuah sekolah menengah terpilih di negeri Kelantan. Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur pendekatan pembelajaran mendalam dan pendekatan pembelajaran permukaan, manakala kecekapan kemahiran bertutur Bahasa Arab dinilai berdasarkan penilaian kendiri pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran mendalam lebih dominan dalam kalangan pelajar, namun tahap kecekapan kemahiran bertutur Bahasa Arab secara keseluruhan masih berada pada tahap sederhana. Kajian ini memberikan implikasi terhadap perancangan strategi pengajaran Bahasa Arab yang lebih komunikatif, kontekstual dan berfokus kepada keperluan pembelajaran pelajar KAA.
Zitieren
APA
Saufi, Z., Ghani, K. A., & Bukhari, N. I. A. (2026). PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN KECEKAPAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA DI KELANTAN. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 1623. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162095
Vancouver
Saufi Z, Ghani KA, Bukhari NIA. PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN KECEKAPAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA DI KELANTAN. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):1623. doi:10.35631/ijepc.1162095
BibTeX
@article{Saufi2026,
author = {Saufi, Zulailawati and Ghani, Kamarulzaman Abdul and Bukhari, Nurul Iman Ahmad},
title = {PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN KECEKAPAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA DI KELANTAN},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {62},
pages = {1623},
doi = {10.35631/ijepc.1162095}
}
EUVIMED