TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U
International Journal of Modern Education · 04.03.2026 · 8 (29) · 511
DOI: 10.35631/ijmoe.829031 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 04.03.2026. Verfasst von Siti Nur Husna Aishah Dolah und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 23 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Dalam era digital abad ke-21, integrasi platform pembelajaran digital amat diperlukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Pendidikan Islam di tengah cabaran adaptasi teknologi yang masih rendah di kalangan pelajar dan guru sekolah menengah. Kajian ini menangani isu rendahnya kesediaan pelajar dan guru terhadap pembelajaran digital, menyebabkan ketidakefektifan PdP tradisional walaupun KPM menggesa penggunaan teknologi. Kajian ini dijalankan dengan dua objektif utama, iaitu menilai keberkesanan platform e-Faith4U dalam membantu pelajar memahami topik Akidah melalui pembelajaran atas talian dan mengenal pasti tahap penerimaan pelajar dan guru terhadap penggunaan laman web sebagai medium pembelajaran kendiri. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan 167 responden 123 pelajar dan 44 guru GPI dari sekolah menengah harian Kuala Nerus menggunakan soal selidik skala Likert 4 mata (20 item). Sampel dipilih secara rawak mudah; data dianalisis deskriptif untuk menilai keberkesanan dan penerimaan platform. Hasil dan dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan platform pada aras tinggi dengan purata min=3.60-3.95. Penerimaan pelajar dan guru juga tinggi; min= 3.60-3.91, dengan item tertinggi pada akses mudah alih iaitu pelajar min=3.72 dan guru min=3.82. Guru turut melaporkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar dalam sesi PdP apabila e-Faith4U digunakan sebagai bahan sokongan tambahan. Dapatan selari dengan PAK-21 dan konstruktivisme, di mana elemen interaktif meningkatkan motivasi serta kefahaman. Platform diterima positif sebagai medium kendiri, tetapi perlu penambahbaikan akses teknikal dan gamifikasi. Kesimpulannya, e-Faith4U berpotensi besar sebagai inovasi PdP Pendidikan Islam digital yang berkesan dengan sokongan penuh pelajar dan guru.
Zitieren
APA
Dolah, S. N. H. A., Ismail, W. O. A. S. W., Zukri, N. S. M., Roslan, N. Y. H., Roslan, T. N. K. T., Asmadi, A., & Halim, N. S. N. A. (2026). TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U. International Journal of Modern Education, 8(29), 511. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829031
Vancouver
Dolah SNHA, Ismail WOASW, Zukri NSM, Roslan NYH, Roslan TNKT, Asmadi A, et al. TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):511. doi:10.35631/ijmoe.829031
BibTeX
@article{Dolah2026,
author = {Dolah, Siti Nur Husna Aishah and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Zukri, Nur Syafawati Mohd and Roslan, Nik Yasmeen Hanani and Roslan, Tuan Nur Khairunnasuha Tuan and Asmadi, Atifah and Halim, Nik Suzaili Nik Abdul},
title = {TRANSFORMASI PEMBELAJARAN TINGKATAN 4: KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN E-FAITH4U},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {511},
doi = {10.35631/ijmoe.829031}
}
EUVIMED