Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
International Journal of Education and Training (InjET) · 31.12.2025 · 11 (3) · 310
DOI: 10.47836/injet.11.3.06 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education and Training (InjET), online erschienen am 31.12.2025. Verfasst von Mohd Hazwan Mohd Puad und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 21 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19. Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran telah digunakan pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang keciciran dan tidak bersedia dengan sistem yang baharu diperkenalkan tersebut. Salah satu faktor yang mengganggu kesediaan murid untuk e-pembelajaran ialah faktor sosioekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar tahun akhir Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Kelantan berdasarkan Model O.R.E.O. dalam aspek objektif dan jangkaan e-pembelajaran. Seterusnya kajian ini melihat perbezaan keberkesanan mengikut faktor sosioekonomi seperti demografi dari segi institusi, program, jantina dan status sosial ekonomi. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan deskriptif di institusi TVET sekitar Kelantan. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan 270 sampel pelajar tahun akhir TVET yang dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Tahap keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan responden untuk konstruk objektif dan jangkaan adalah pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 mengikuti faktor demografi. Manfaat kajian ini memberikan penjelasan kepada pendidik dan penggubal dasar dengan memberikan pandangan yang lebih terperinci tentang persepsi keberkesanan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar TVET yang mempunyai latar belakang yang berbeza di negeri Kelantan.
Zitieren
APA
Puad, M. H. M., & Nordin, N. A. S. M. (2025). Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). International Journal of Education and Training (InjET), 11(3), 310. https://doi.org/10.47836/injet.11.3.06
Vancouver
Puad MHM, Nordin NASM. Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). International Journal of Education and Training (InjET). 2025;11(3):310. doi:10.47836/injet.11.3.06
BibTeX
@article{Puad2025,
author = {Puad, Mohd Hazwan Mohd and Nordin, Nor Adila Syazni Mohd},
title = {Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)},
journal = {International Journal of Education and Training (InjET)},
year = {2025},
volume = {11},
number = {3},
pages = {310},
doi = {10.47836/injet.11.3.06}
}
EUVIMED