EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KAJIAN KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI E-AQIDAH DALAM PEMBELAJARAN AKIDAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KUALA NERUS

Nur Alya Amani Zainudin, W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Nur Nafizah Absarina Mohd Nazeri, Nurul Hanim Azhar, Fatin Syahirah Hasbullah, Siti Nor Nabilah Azman, Siti Nur Bahyah Noor Ikram, Reneisha Savira Adna

International Journal of Modern Education · 29.03.2026 · 8 (29) · 1063

DOI: 10.35631/ijmoe.829062 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 29.03.2026. Verfasst von Nur Alya Amani Zainudin und 7 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 25 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Dalam era pendidikan abad ke-21, integrasi teknologi digital semakin menjadi keperluan dalam mengukuhkan keberkesanan proses pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan konsep akidah dalam kalangan pelajar masih menghadapi cabaran kerana pendekatan pengajaran tradisional kurang berupaya menarik minat dan mengekalkan tumpuan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan aplikasi E-Aqidah terhadap pemahaman pelajar mengenai topik-topik dalam domain Akidah Tingkatan Satu di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melibatkan 136 orang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Nerus melalui soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A menilai pemahaman pelajar terhadap empat subtopik Akidah Tingkatan Satu melalui ujian pra dan pasca, manakala bahagian B mengumpul data mengenai minat pelajar dalam menggunakan aplikasi E-Aqidah menggunakan skala Likert empat kategori. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan signifikan merentasi semua item ujian, dengan peningkatan antara 45.57% hingga 145% selepas penggunaan aplikasi. Peningkatan skor ini melibatkan soalan fakta asas dan juga konsep abstrak seperti fitrah dan tauhid, sekali gus menunjukkan keberkesanan aplikasi dalam menyokong pelajar berbeza tahap penguasaan. Item yang mendapat markah rendah dalam ujian pra turut mencatat peningkatan ketara dalam ujian pasca, manakala pola peningkatan konsisten merentasi beberapa subtopik mengukuhkan bukti bahawa pendekatan digital interaktif dapat memantapkan penguasaan akidah. Maklum balas Bahagian B turut menunjukkan majoriti pelajar berada pada tahap “setuju” dan “sangat setuju” terhadap keberkesanan aplikasi dari segi reka bentuk mesra pengguna, audio-visual dan aktiviti kuiz yang membantu tumpuan serta motivasi. Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi yang menampilkan ciri-ciri interaktif seperti audio-visual dan gamifikasi berupaya meningkatkan pemahaman serta dapat menggalakkan minat pelajar terhadap topik Akidah secara khusus dan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam secara amnya.

Zitieren

APA

Zainudin, N. A. A., Ismail, W. O. A. S. W., Nazeri, N. N. A. M., Azhar, N. H., Hasbullah, F. S., Azman, S. N. N., Ikram, S. N. B. N., & Adna, R. S. (2026). KAJIAN KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI E-AQIDAH DALAM PEMBELAJARAN AKIDAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KUALA NERUS. International Journal of Modern Education, 8(29), 1063. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829062

Vancouver

Zainudin NAA, Ismail WOASW, Nazeri NNAM, Azhar NH, Hasbullah FS, Azman SNN, et al. KAJIAN KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI E-AQIDAH DALAM PEMBELAJARAN AKIDAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KUALA NERUS. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):1063. doi:10.35631/ijmoe.829062

BibTeX
@article{Zainudin2026,
  author = {Zainudin, Nur Alya Amani and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Nazeri, Nur Nafizah Absarina Mohd and Azhar, Nurul Hanim and Hasbullah, Fatin Syahirah and Azman, Siti Nor Nabilah and Ikram, Siti Nur Bahyah Noor and Adna, Reneisha Savira},
  title = {KAJIAN KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI E-AQIDAH DALAM PEMBELAJARAN AKIDAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KUALA NERUS},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {29},
  pages = {1063},
  doi = {10.35631/ijmoe.829062}
}
Kostenlos starten →