INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM: ANALISIS KEBERKESANAN LAMAN WEB “MYFIQH LAB” FIQAH TINGKATAN 2
International Journal of Modern Education · 04.03.2026 · 8 (29) · 547
DOI: 10.35631/ijmoe.829033 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 04.03.2026. Verfasst von Nur Anis Arshad und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 21 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kemajuan teknologi digital dalam era Revolusi Industri 4.0 telah mengubah landskap pendidikan secara global, sekali gus menuntut pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025. Namun, dalam konteks Pendidikan Islam khususnya bidang Fiqah Tingkatan 2, amalan PdP didapati masih didominasi oleh kaedah tradisional yang bersifat abstrak dan kurang interaktif sehingga menyukarkan penguasaan hukum-hakam yang kompleks dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan dengan objektif utama untuk mengenal pasti tahap kebolehgunaan laman web “MyFiqh Lab”, menilai keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui analisis perbandingan ujian pra dan ujian pasca, serta meneliti tahap kepuasan pengguna terhadap platform tersebut. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen satu kumpulan dan tinjauan yang melibatkan 201 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Terengganu sebagai responden. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan ujian-t sampel berpasangan melalui perisian SPSS versi 27. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang sangat ketara, di mana peratusan pelajar berprestasi tinggi melonjak daripada 8% kepada 54%, manakala kumpulan pelajar berprestasi rendah menurun secara drastik daripada 12.4% kepada 0.5% selepas intervensi. Secara statistik, nilai min skor meningkat daripada 26.61 ($SD = 1.51$) kepada 28.44 ($SD = 1.24$). Keputusan ujian-t mengesahkan perbezaan signifikan ($t(200) = -40.476, p < .001$) dengan saiz kesan (Cohen’s d) pada tahap sangat besar (-2.855). Selain itu, tahap kebolehgunaan dan kepuasan pengguna berada pada tahap sangat tinggi (Min = 4.45). Kesimpulannya, MyFiqh Lab terbukti secara empirikal berkesan meningkatkan kefahaman kognitif serta motivasi pelajar, sekali gus berpotensi sebagai model inovasi digital PdP Pendidikan Islam yang dinamik bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
Zitieren
APA
Arshad, N. A., Ismail, W. O. A. S. W., Wahab, S. A., Suhaimi, N. A., Alias, A. K., Muhamad, N., & Mahadi, N. A. A. (2026). INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM: ANALISIS KEBERKESANAN LAMAN WEB “MYFIQH LAB” FIQAH TINGKATAN 2. International Journal of Modern Education, 8(29), 547. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829033
Vancouver
Arshad NA, Ismail WOASW, Wahab SA, Suhaimi NA, Alias AK, Muhamad N, et al. INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM: ANALISIS KEBERKESANAN LAMAN WEB “MYFIQH LAB” FIQAH TINGKATAN 2. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):547. doi:10.35631/ijmoe.829033
BibTeX
@article{Arshad2026,
author = {Arshad, Nur Anis and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Wahab, Suwaybah Abdul and Suhaimi, Nur Atiqah and Alias, Aisyah Kamila and Muhamad, Norasma and Mahadi, Nur Azwa Alia},
title = {INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENDIDIKAN ISLAM: ANALISIS KEBERKESANAN LAMAN WEB “MYFIQH LAB” FIQAH TINGKATAN 2},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {547},
doi = {10.35631/ijmoe.829033}
}
EUVIMED