EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan

Siti Alida John Abdullah, Fatimah Wati Ibrahim

Journal of Governance and Development (JGD) · 2007

DOI: 10.32890/jgd2007.3.4 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Governance and Development (JGD), 2007. Verfasst von Siti Alida John Abdullah und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi pada masa ini merupakan satu tuntutan politik, ekonomi, sosial dan peribadi. Terdapat pelbagai faedah yang dikaitkan dengan pelaburan bagi tujuan ini sama ada oleh individu pelajar, keluarga mahupun masyarakat. Namun begitu, senario pendidikan tinggi pada masa ini memerlukan bukan sahaja kerajaan membuat pelaburan langsung tetapi juga pelajar dan keluarga mereka perlu membuat sumbangan terus terhadap kos pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk semua pihak meneliti punca-punca pembiayaan yang dapat menampung keperluan pelajar semasa berada di institusi pengajian tinggi. Punca-punca pembiayaan ini boleh datang daripada sumber-sumber seperi biasiswa, subsidi atau pemberian, pinjaman daripada pelbagai sumber, sumbangan ibu bapa dan keluarga, pendapatan yang didapati oleh pelajar sendiri melalui kerja-kerja sepenuh masa atau separuh masa dalam tempoh pengajian, dan juga tabungan pelajar. Seterusnya, terdapat pelbagai kos yang dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Selain kos-kos tidak langsung seperti kehilangan pendapatan semasa belajar, kos-kos langsung yang biasa ditanggung oleh pelajar termasuklah kos pengajian dan kos sara hidup. Dapatan kajian di tiga buah institusi pengajian tinggi awam menunjukkan terdapat perbezaan di kalangan kumpulan pelajar bukan sahaja dari segi jumlah perbelanjaan tetapi juga keutamaan bagi beberapa kategori perbelanjaan tertentu.

Zitieren

APA

Abdullah, S. A. J., & Ibrahim, F. W. (2007). Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan. Journal of Governance and Development (JGD). https://doi.org/10.32890/jgd2007.3.4

Vancouver

Abdullah SAJ, Ibrahim FW. Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan. Journal of Governance and Development (JGD). 2007. doi:10.32890/jgd2007.3.4

BibTeX
@article{Abdullah2007,
  author = {Abdullah, Siti Alida John and Ibrahim, Fatimah Wati},
  title = {Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan},
  journal = {Journal of Governance and Development (JGD)},
  year = {2007},
  doi = {10.32890/jgd2007.3.4}
}
Kostenlos starten →