EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PROSES KEUSAHAWANAN MAMPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

Nursyuhadah Zolkifli, Sheerad Sahid

International Journal of Entrepreneurship and Management Practices · 31.03.2026 · 9 (33) · 535

DOI: 10.35631/ijemp.933032 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Nursyuhadah Zolkifli und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini dilaksanakan untuk menguji pengaruh kecerdasan buatan (AI) terhadap proses keusahawanan mampan dalam kalangan pelajar universiti awam di Lembah Klang. Objektif kajian ini adalah untuk i) mengenal pasti tahap penggunaan kecerdasan buatan dan proses keusahawanan mampan; dan ii) menguji pengaruh kecerdasan buatan terhadap proses keusahawanan mampan. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini, yang melibatkan pelajar universiti awam daripada beberapa universiti awam, termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 300 orang pelajar yang mempunyai pengalaman perniagaan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan buatan dan proses keusahawanan mampan berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan pelajar. Analisis regresi linear menunjukkan bahawa kecerdasan buatan menyumbang sebanyak 58.7% (R² = 0.587) terhadap variasi proses keusahawanan mampan. Kajian mendapati bahawa kecerdasan buatan mempunyai pengaruh yang kuat dan signifikan terhadap proses keusahawanan mampan (β = 0.766, p < 0.001). Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan seperti pelajar, pengusaha, pendidik, dan pembuat dasar dalam usaha memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan untuk membina perniagaan yang lebih berdaya tahan dan mampan pada masa hadapan

Zitieren

APA

Zolkifli, N., & Sahid, S. (2026). PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PROSES KEUSAHAWANAN MAMPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 9(33), 535. https://doi.org/10.35631/ijemp.933032

Vancouver

Zolkifli N, Sahid S. PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PROSES KEUSAHAWANAN MAMPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices. 2026;9(33):535. doi:10.35631/ijemp.933032

BibTeX
@article{Zolkifli2026,
  author = {Zolkifli, Nursyuhadah and Sahid, Sheerad},
  title = {PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) TERHADAP PROSES KEUSAHAWANAN MAMPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM},
  journal = {International Journal of Entrepreneurship and Management Practices},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {33},
  pages = {535},
  doi = {10.35631/ijemp.933032}
}
Kostenlos starten →