EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

AI DALAM PENDIDIKAN: IMPAK CHATGPT TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Siti Aishah Chu Abdullah, Nursyafiqah Al-Fatihah Mahari, Nursyafikah Mohd Arif

International Journal of Modern Education · 22.09.2026 · 8 (31) · 1173

DOI: 10.35631/ijmoe.831068 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 22.09.2026. Verfasst von Siti Aishah Chu Abdullah und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 20 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah memberikan impak yang signifikan terhadap sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Seiring dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI), sektor pendidikan perlu mengalami perubahan secara inovatif dan segera. Salah satu teknologi yang semakin mendapat perhatian ialah ChatGPT, yang berperanan sebagai alat pembelajaran interaktif serta pembantu maya kepada pelajar. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti cara pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menggunakan ChatGPT serta menilai sama ada penggunaannya memberi kesan positif atau negatif terhadap pengalaman pembelajaran dan prestasi akademik mereka. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berasaskan Skala Likert, manakala data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29. Seramai 100 orang pelajar UNIMAS telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ChatGPT berfungsi sebagai alat sokongan pembelajaran yang berkesan. Penggunaannya dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana dan dilakukan secara beretika. Selain itu, penggunaan ChatGPT turut dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran yang lebih positif dalam kalangan pelajar, khususnya dalam menyokong proses pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan ChatGPT dalam kalangan pelajar dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran yang lebih positif dan tidak menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap kebergantungan sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab agar dapat dimanfaatkan secara optimum dalam menyokong proses pembelajaran di institusi pengajian tinggi.

Zitieren

APA

Abdullah, S. A. C., Mahari, N. A., & Arif, N. M. (2026). AI DALAM PENDIDIKAN: IMPAK CHATGPT TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK. International Journal of Modern Education, 8(31), 1173. https://doi.org/10.35631/ijmoe.831068

Vancouver

Abdullah SAC, Mahari NA, Arif NM. AI DALAM PENDIDIKAN: IMPAK CHATGPT TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK. International Journal of Modern Education. 2026;8(31):1173. doi:10.35631/ijmoe.831068

BibTeX
@article{Abdullah2026,
  author = {Abdullah, Siti Aishah Chu and Mahari, Nursyafiqah Al-Fatihah and Arif, Nursyafikah Mohd},
  title = {AI DALAM PENDIDIKAN: IMPAK CHATGPT TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {31},
  pages = {1173},
  doi = {10.35631/ijmoe.831068}
}
Kostenlos starten →