Tahap Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Keusahawanan dan Kemenjadian Pelajar Bahasa Arab di Universiti Awam Pantai Timur
International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH) · 30.04.2025 · 8 (1) · 94-107
DOI: 10.47254/nf89hx22 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), online erschienen am 30.04.2025. Verfasst von Asma Salsabila Tai'Tullah und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini menganalisis tahap kemahiran komunikasi, kemahiran keusahawanan dan kemenjadian pelajar bahasa Arab di universiti awam pantai timur Malaysia, khususnya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk tinjauan, kajian ini melibatkan 293 responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mencapai tahap yang memberangsangkan dalam kemahiran komunikasi bahasa Arab, dengan kemahiran membaca mencatatkan min tertinggi (M=3.70), diikuti kemahiran menulis (M=3.69) dan kemahiran membaca Al-Quran dengan kefahaman (M=3.68). Dalam aspek kemahiran keusahawanan, pelajar menunjukkan kecekapan dalam mengenal pasti peluang perniagaan (M=3.19) dan mengekalkan motivasi dalam konteks perniagaan Arab (M=3.17). Bagi kemenjadian pelajar, pemahaman konsep keusahawanan dalam bahasa Arab mencatatkan pencapaian tertinggi (M=3.74), diikuti dengan pembangunan rangkaian profesional (M=3.66) dan keyakinan dalam mengaplikasikan kemahiran bahasa Arab dalam konteks kerjaya. Walau bagaimanapun, beberapa aspek seperti pemahaman dialek Arab yang berbeza dan kemahiran menulis laporan perniagaan masih memerlukan penambahbaikan.
Zitieren
APA
Tai'Tullah, A. S., & Daud, W. A. A. W. (2025). Tahap Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Keusahawanan dan Kemenjadian Pelajar Bahasa Arab di Universiti Awam Pantai Timur. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 8(1), 94-107. https://doi.org/10.47254/nf89hx22
Vancouver
Tai'Tullah AS, Daud WAAW. Tahap Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Keusahawanan dan Kemenjadian Pelajar Bahasa Arab di Universiti Awam Pantai Timur. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH). 2025;8(1):94-107. doi:10.47254/nf89hx22
BibTeX
@article{TaiTullah2025,
author = {Tai'Tullah, Asma Salsabila and Daud, Wan Ab Aziz Wan},
title = {Tahap Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Keusahawanan dan Kemenjadian Pelajar Bahasa Arab di Universiti Awam Pantai Timur},
journal = {International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH)},
year = {2025},
volume = {8},
number = {1},
pages = {94--107},
doi = {10.47254/nf89hx22}
}
EUVIMED