EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

SIKAP TERHADAP KESELAMATAN SIBER: KAJIAN TERHADAP PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Muhammad Haziq Haji Shahjahan, Nurefnazahani Binti Haji Durani

DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication · 2024

DOI: 10.21093/dijitac.v4i2.8284 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication, 2024. Verfasst von Muhammad Haziq Haji Shahjahan und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Perubahan dunia yang semakin berkembang dengan kepesatan teknologi telah menimbulkan kekhuatiran terhadap seluruh negara khususnya aspek keselamatan siber. Malahan ia telah membuka ruang kepada penjenayah siber untuk melancarkan pelbagai ancaman dan serangan. Adapun sasaran yang semakin mendapat perhatian dikalangan penjenayah siber adalah para pelajar di institusi pengajian tinggi disebabkan tempat tersebut merupakan pengguna siber yang tertinggi dan pengaksesan internet secara terbuka. Sikap pelajar merupakan salah satu teras utama dalam konteks keselamatan siber. Dengan meningkatkan kewaspadaan terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi, ia mampu mengurangi risiko pelajar dalam alam siber. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti sikap pelajar dalam perlindungan peranti dan maklumat peribadi sewaktu menggunakan internet. Kajian berbentuk kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 580 orang pelajar institusi pengajian tinggi dan analisis deskriptif telah digunakan bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati sikap pelajar terhadap perlindungan peranti dan maklumat peribadi berada di tahap sederhana (min = 2.92). Tambahan lagi, para pelajar didapati mengamalkan sikap yang kurang memuaskan dalam aspek keselamatan siber seperti tidak mengubah tetapan menjadi tertutup, menekan pautan dan memuat turun dokumen dari sumber yang tidak dikenali.

Zitieren

APA

Shahjahan, M. H. H., & Durani, N. B. H. (2024). SIKAP TERHADAP KESELAMATAN SIBER: KAJIAN TERHADAP PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication. https://doi.org/10.21093/dijitac.v4i2.8284

Vancouver

Shahjahan MHH, Durani NBH. SIKAP TERHADAP KESELAMATAN SIBER: KAJIAN TERHADAP PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication. 2024. doi:10.21093/dijitac.v4i2.8284

BibTeX
@article{Shahjahan2024,
  author = {Shahjahan, Muhammad Haziq Haji and Durani, Nurefnazahani Binti Haji},
  title = {SIKAP TERHADAP KESELAMATAN SIBER: KAJIAN TERHADAP PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI},
  journal = {DiJITAC : Digital Journal of Information Technology and Communication},
  year = {2024},
  doi = {10.21093/dijitac.v4i2.8284}
}
Kostenlos starten →