EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

TADBIR URUS KESELAMATAN SIBER BERPUSATKAN RAKYAT: PERANAN PENGANTARAAN LITERASI DIGITAL DALAM KALANGAN MANGSA PENIPUAN SIBER DI MALAYSIA

Adi Sofuan Md Yusof, Mohd Sobhi Ishak, Zafari Zulkifli

International Journal of Law Government and Communication · 30.09.2026 · 11 (45) · 862

DOI: 10.35631/ijlgc.1145055 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 30.09.2026. Verfasst von Adi Sofuan Md Yusof und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 48 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pendigitalan perkhidmatan awam telah memperluas akses kepada maklumat rasmi, kempen kesedaran, saluran pelaporan dan mekanisme perlindungan keselamatan siber. Namun, peranan literasi digital dalam hubungan antara orientasi sosiobudaya dengan persepsi terhadap pelaksanaan dasar keselamatan siber masih belum jelas, khususnya dalam kalangan mangsa penipuan siber. Kajian ini menguji literasi digital sebagai pemboleh ubah pengantara dalam hubungan tersebut. Tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap 500 warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang pernah menjadi mangsa penipuan siber dan telah membuat laporan polis. Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Orientasi sosiobudaya mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan literasi digital. Literasi digital pula mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan persepsi terhadap pelaksanaan dasar (β = 0.912). Hubungan langsung antara orientasi sosiobudaya dengan persepsi terhadap pelaksanaan dasar tidak signifikan, manakala hubungan tidak langsung melalui literasi digital adalah signifikan (β = −0.404). Model menerangkan 82.9 peratus varians persepsi terhadap pelaksanaan dasar dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, nilai HTMT sebanyak 0.952 menunjukkan kemungkinan pertindihan empirikal antara literasi digital dengan persepsi terhadap pelaksanaan dasar. Oleh itu, kekuatan hubungan antara kedua-duanya perlu ditafsir dengan berhati-hati. Dapatan ini menunjukkan bahawa literasi digital berkait rapat dengan cara mangsa menilai pelaksanaan dasar keselamatan siber. Komunikasi dasar yang jelas tentang tindakan yang perlu diambil, saluran pelaporan yang mudah digunakan dan latihan literasi digital berasaskan situasi sebenar wajar diberi perhatian dalam tadbir urus keselamatan siber.

Zitieren

APA

Yusof, A. S. M., Ishak, M. S., & Zulkifli, Z. (2026). TADBIR URUS KESELAMATAN SIBER BERPUSATKAN RAKYAT: PERANAN PENGANTARAAN LITERASI DIGITAL DALAM KALANGAN MANGSA PENIPUAN SIBER DI MALAYSIA. International Journal of Law Government and Communication, 11(45), 862. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1145055

Vancouver

Yusof ASM, Ishak MS, Zulkifli Z. TADBIR URUS KESELAMATAN SIBER BERPUSATKAN RAKYAT: PERANAN PENGANTARAAN LITERASI DIGITAL DALAM KALANGAN MANGSA PENIPUAN SIBER DI MALAYSIA. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(45):862. doi:10.35631/ijlgc.1145055

BibTeX
@article{Yusof2026,
  author = {Yusof, Adi Sofuan Md and Ishak, Mohd Sobhi and Zulkifli, Zafari},
  title = {TADBIR URUS KESELAMATAN SIBER BERPUSATKAN RAKYAT: PERANAN PENGANTARAAN LITERASI DIGITAL DALAM KALANGAN MANGSA PENIPUAN SIBER DI MALAYSIA},
  journal = {International Journal of Law Government and Communication},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {45},
  pages = {862},
  doi = {10.35631/ijlgc.1145055}
}
Kostenlos starten →