EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (A.I) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBENTUKAN GENERASI ULUL ALBAB DALAM KALANGAN MAHASISWA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Siti Zafrina Mohd Zahari, Asjad Mohamed, Mohammad Nasrul Hakim Roslan, Ruzainim Mohd Zelani

International Journal of Modern Education · 30.09.2026 · 8 (31) · 1970

DOI: 10.35631/ijmoe.831115 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 30.09.2026. Verfasst von Siti Zafrina Mohd Zahari und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 58 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Institusi Pengajian Tinggi di seluruh dunia kini sedang berhadapan dengan gelombang teknologi digital. Penggunaan kecerdasan buatan AI merupakan salah satu trend yang melanda dalam kalangan mahasiswa di IPT. Kewujudan ChatGPT misalnya membuka ruang dalam menerima kebolehcapaian maklumat tanpa batasan dalam kehidupan mahasiswa masa kini. Kemajuan teknologi ini dapat membantu mahasiswa meningkatkan kemahiran dan pencapaian dalam pengajian mereka. Bagaimanapun, dari satu aspek, penggunaan AI. oleh mahasiswa universiti dilihat sebagai satu budaya pembelajaran yang kurang sihat. Ini kerana lahir sikap suka mengambil jalan singkat dan tidak mahu berusaha untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu, penguasaan ilmu dalam kalangan mahasiswa menjadi semakin lemah kerana tidak melibatkan proses pencarian ilmu secara normal dan berfokus. Pembangunan minda dan ketajaman fikiran juga terjejas kerana lebih cenderung kepada penghasilan tugas secara mudah dan segera melalui teknologi semasa. Isu hasil kerja yang tidak autentik dan amalan plagiat juga semakin berleluasa. Namun, implikasi dari amalan ini masih belum jelas sama ada lebih memberi kesan positif kepada mahasiswa universiti atau sebaliknya. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis implikasi penggunaan AI dalam kalangan mahasiswa ke arah membentuk generasi ulul albab . Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis data kajian daripada buku, artikel jurnal, laporan akhbar, berita dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati implikasi penggunaan AI dalam kalangan mahasiswa mampu mewujudkan generasi yang berdaya saing dan memiliki peribadi serta akhlak yang mulia. Bagaimanapun, jika penggunaan AI tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya, ini akan membawa kepada kemudaratan. Justeru, kajian mengemukakan beberapa cadangan agar wujud keseimbangan penggunaan AI dalam membentuk generasi mahasiswa ulul albab. Antaranya ialah memupuk penggunaan teknologi secara berhemah, membudayakan amalan membaca dalam menggalakkan pemikiran kritis serta mempertingkatkan peranan pendidik berasaskan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Zitieren

APA

Zahari, S. Z. M., Mohamed, A., Roslan, M. N. H., & Zelani, R. M. (2026). PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (A.I) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBENTUKAN GENERASI ULUL ALBAB DALAM KALANGAN MAHASISWA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI. International Journal of Modern Education, 8(31), 1970. https://doi.org/10.35631/ijmoe.831115

Vancouver

Zahari SZM, Mohamed A, Roslan MNH, Zelani RM. PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (A.I) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBENTUKAN GENERASI ULUL ALBAB DALAM KALANGAN MAHASISWA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI. International Journal of Modern Education. 2026;8(31):1970. doi:10.35631/ijmoe.831115

BibTeX
@article{Zahari2026,
  author = {Zahari, Siti Zafrina Mohd and Mohamed, Asjad and Roslan, Mohammad Nasrul Hakim and Zelani, Ruzainim Mohd},
  title = {PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (A.I) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBENTUKAN GENERASI ULUL ALBAB DALAM KALANGAN MAHASISWA DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {31},
  pages = {1970},
  doi = {10.35631/ijmoe.831115}
}
Kostenlos starten →