EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Keselamatan Negara dan Kedaulatan Digital: Suatu Kajian Penerokaan Terhadap Tadbir Urus Ruang Siber Malaysia

Mohd Rajaei Bebit, Roy Anthony Rogers

Jurnal Wacana Sarjana · 13.11.2026 · 10 (3) · 101-114

DOI: 10.17576/jws.v10i3.756 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 13.11.2026. Verfasst von Mohd Rajaei Bebit und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

ABSTRAK Perkembangan pesat teknologi digital telah mengubah landskap keselamatan negara secara menyeluruh, sekaligus menimbulkan cabaran baharu terhadap konsep kedaulatan negara dalam era pasca-digital. Bagi Malaysia, yang sedang menjalani transformasi digital secara komprehensif melalui pelbagai inisiatif nasional seperti MyDIGITAL, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR), keupayaan untuk melindungi infrastruktur digital kritikal serta mengekalkan kawalan berdaulat terhadap data dan ruang siber menjadi semakin mendesak dan strategik. Artikel ini meneliti hubungan antara keselamatan negara dan kedaulatan digital dalam konteks tadbir urus ruang siber Malaysia, dengan menggunakan gabungan Teori Kedaulatan Ruang Siber, Perspektif Keselamatan Negara berasaskan tradisi Realisme, serta pendekatan Konstruktivisme bagi memahami cara negara mengimbangi tuntutan keselamatan, legitimasi, dan kerjasama antarabangsa dalam persekitaran digital yang bersifat rentas sempadan. Analisis tertumpu kepada Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) 2025–2030, Akta Keselamatan Siber 2024, serta struktur institusi yang diterajui oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan Malaysia tidak lagi berorientasikan kawalan mutlak terhadap ruang siber, sebaliknya berkembang ke arah model yang boleh digambarkan sebagai “Kedaulatan Daya Tahan Siber” (Cyber Resilience Sovereignty) — suatu model yang menekankan keupayaan negara membina daya tahan institusi, memperkukuh tadbir urus digital, meningkatkan kepercayaan awam, serta menggalakkan kerjasama serantau tanpa mengorbankan kepentingan strategik negara. Walaupun Malaysia telah mencatat kemajuan melalui pengukuhan perundangan dan penyelarasan dasar, cabaran seperti fragmentasi institusi, kekurangan bakat keselamatan siber, kerentanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta kebimbangan berkaitan privasi data masih mengekang keberkesanan keseluruhan tadbir urus ruang siber negara. Kata kunci: Kedaulatan Digital, Kedaulatan Ruang Siber, Keselamatan Negara, Tadbir Urus Siber, Malaysia. ABSTRACT The rapid advancement of digital technology has fundamentally transformed the national security landscape, giving rise to novel challenges to the concept of state sovereignty in the post-digital era. For Malaysia, currently undergoing a comprehensive digital transformation through national initiatives such as MyDIGITAL, the New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030), and the National Fourth Industrial Revolution Policy (4IR), the capacity to protect critical digital infrastructure and maintain sovereign control over data and cyberspace has become increasingly imperative. This article examines the relationship between national security and digital sovereignty within the context of Malaysia’s cyberspace governance, employing an integrated framework drawing on Cyberspace Sovereignty Theory, the National Security Perspective rooted in Realism, and Constructivism, to understand how Malaysia navigates the competing demands of security, legitimacy, and international cooperation in a fundamentally borderless digital environment. The analysis focuses on the Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) 2025–2030, the Cyber Security Act 2024, and the institutional architecture anchored by the National Cyber Security Agency (NACSA). Findings indicate that Malaysia’s approach has evolved toward an emerging model of “Cyber Resilience Sovereignty,” emphasising the state’s capacity to build institutional resilience, strengthen digital governance, enhance public trust, and promote regional cooperation without compromising core national strategic interests. While meaningful progress has been achieved through legislative consolidation and policy coordination, persistent challenges—including institutional fragmentation, cybersecurity talent deficits, SME vulnerabilities, and data privacy concerns—continue to constrain the overall effectiveness of the nation’s cyberspace governance framework. Keywords: Digital Sovereignty, Cyberspace Sovereignty, National Security, Cyber Governance, Malaysia.

Zitieren

APA

Bebit, M. R., & Rogers, R. A. (2026). Keselamatan Negara dan Kedaulatan Digital: Suatu Kajian Penerokaan Terhadap Tadbir Urus Ruang Siber Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 101-114. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.756

Vancouver

Bebit MR, Rogers RA. Keselamatan Negara dan Kedaulatan Digital: Suatu Kajian Penerokaan Terhadap Tadbir Urus Ruang Siber Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):101-114. doi:10.17576/jws.v10i3.756

BibTeX
@article{Bebit2026,
  author = {Bebit, Mohd Rajaei and Rogers, Roy Anthony},
  title = {Keselamatan Negara dan Kedaulatan Digital: Suatu Kajian Penerokaan Terhadap Tadbir Urus Ruang Siber Malaysia},
  journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
  year = {2026},
  volume = {10},
  number = {3},
  pages = {101--114},
  doi = {10.17576/jws.v10i3.756}
}
Kostenlos starten →