Uri Bayi dan Amalan Khurafat Selepas Bersalin dalam Kalangan Masyarakat Melayu Melaka
Jurnal Pengajian Islam · 2023
DOI: 10.53840/jpi.v16i2.303 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2023. Verfasst von Rahmat Abdullah. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Amalan khurafat perlulah dijauhkan bagi seseorang yang memeluk agama Islam. Terdapat sebahagian masyarakat Melayu Melaka beranggapan bahawa ianya adalah petua yang perlu diikuti. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan-amalan khurafat berkaitan uri bayi (tembuni/ plasenta) yang masih dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Melaka. Pada masa yang sama, ianya juga akan menilai tahap kefahaman wanita bersalin tentang amalan khurafat terhadap uri bayi. Responden adalah terdiri daripada wanita Melayu yang tinggal di sebuah kampung di Melaka Tengah. Kajian ini melibatkan responden seramai 45 orang wanita yang pernah berkahwin, hamil dan bersalin. Analisis data menggunakan kaedah peratusan melalui perisian Microsoft Excel dengan mengajukan soal selidik amalan khurafat berkaitan uri samaada pernah melakukan atau tidak pernah melakukan kepada wanita yang pernah melalui proses hamil dan bersalin. Dapatan mendapati bahawa amalan membasuh uri dengan limau nipis, garam kasar, asam keping dan asam jawa beserta jampi dalam kalangan responden menunjukkan peratusan maksimum (100%) manakala amalan menanam uri bayi perempuan dibahagian berhampiran dapur rumah bertujuan supaya bayi akan pandai memasak kelak menunjukkan peratusan yang terendah iaitu sebanyak 36%. Kefahaman ibu bersalin tentang amalan khurafat berkaitan uri bayi berada pada tahap sederhana.
Zitieren
APA
Abdullah, R. (2023). Uri Bayi dan Amalan Khurafat Selepas Bersalin dalam Kalangan Masyarakat Melayu Melaka. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.303
Vancouver
Abdullah R. Uri Bayi dan Amalan Khurafat Selepas Bersalin dalam Kalangan Masyarakat Melayu Melaka. Jurnal Pengajian Islam. 2023. doi:10.53840/jpi.v16i2.303
BibTeX
@article{Abdullah2023,
author = {Abdullah, Rahmat},
title = {Uri Bayi dan Amalan Khurafat Selepas Bersalin dalam Kalangan Masyarakat Melayu Melaka},
journal = {Jurnal Pengajian Islam},
year = {2023},
doi = {10.53840/jpi.v16i2.303}
}
EUVIMED