EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

AMALAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN WANITA MELAYU DALAM MENYEIMBANGKAN NILAI BUDAYA MELAYU DAN KEPERLUAN ORGANISASI: SUATU KAJIAN FENOMENOLOGI

Tessa Shasrini, Jusang Bolong, Nor Azura Adzharuddin

International Journal of Law Government and Communication · 30.09.2026 · 11 (45) · 847

DOI: 10.35631/ijlgc.1145054 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Law Government and Communication, online erschienen am 30.09.2026. Verfasst von Tessa Shasrini und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 20 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Amalan komunikasi kepimpinan wanita Melayu berlaku dalam keadaan yang menuntut kejelasan keputusan organisasi dan pada masa yang sama memelihara adab, maruah serta hubungan sosial. Walaupun kajian tentang kepimpinan wanita semakin berkembang, bukti tentang cara nilai budaya beroperasi dalam interaksi kepimpinan harian masih terbatas. Kajian ini bertujuan: (i) menghuraikan prinsip komunikasi kepimpinan wanita Melayu berasaskan nilai budaya; (ii) menganalisis penggunaan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam amalan kepimpinan; dan (iii) mengenal pasti cabaran komunikasi serta strategi adaptasi ketika nilai budaya Melayu dan keperluan organisasi perlu diseimbangkan. Kajian fenomenologi kualitatif melibatkan lima pemimpin wanita Melayu di Riau yang dipilih secara persampelan bertujuan dengan pengenalpastian peserta turut dibantu melalui rujukan bola salji (snowball) apabila sesuai. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan dokumen sokongan, kemudian dianalisis secara tematik dengan bantuan NVivo 12. Ketelusan analisis diperkukuh melalui transkripsi verbatim, triangulasi sumber, perbandingan merentas peserta, jejak analisis dan refleksi penyelidik. Empat tema utama dikenal pasti: kesantunan sebagai asas legitimasi; penggunaan komunikasi lisan dan bukan lisan secara bersepadu; adaptasi register formal-tidak formal mengikut khalayak dan generasi serta penggunaan musyawarah, hormat dan amanah terhadap keputusan organisasi. Dapatan menunjukkan bahawa kesantunan bukan kelembutan pasif, tetapi strategi untuk mengekalkan ketegasan sambil melindungi maruah dan hubungan. Kajian ini menyumbang kepada literatur komunikasi kepimpinan dengan menunjukkan cara nilai budaya Melayu berfungsi sebagai sumber komunikasi dalam pembinaan autoriti, kepercayaan dan penerimaan organisasi.

Zitieren

APA

Shasrini, T., Bolong, J., & Adzharuddin, N. A. (2026). AMALAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN WANITA MELAYU DALAM MENYEIMBANGKAN NILAI BUDAYA MELAYU DAN KEPERLUAN ORGANISASI: SUATU KAJIAN FENOMENOLOGI. International Journal of Law Government and Communication, 11(45), 847. https://doi.org/10.35631/ijlgc.1145054

Vancouver

Shasrini T, Bolong J, Adzharuddin NA. AMALAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN WANITA MELAYU DALAM MENYEIMBANGKAN NILAI BUDAYA MELAYU DAN KEPERLUAN ORGANISASI: SUATU KAJIAN FENOMENOLOGI. International Journal of Law Government and Communication. 2026;11(45):847. doi:10.35631/ijlgc.1145054

BibTeX
@article{Shasrini2026,
  author = {Shasrini, Tessa and Bolong, Jusang and Adzharuddin, Nor Azura},
  title = {AMALAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN WANITA MELAYU DALAM MENYEIMBANGKAN NILAI BUDAYA MELAYU DAN KEPERLUAN ORGANISASI: SUATU KAJIAN FENOMENOLOGI},
  journal = {International Journal of Law Government and Communication},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {45},
  pages = {847},
  doi = {10.35631/ijlgc.1145054}
}
Kostenlos starten →