Pemakaian Emas Perhiasan dan Amalan Berzakat dalam Kalangan Wanita Islam di Pulau Pinang
Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 321-341
DOI: 10.21315/km2026.44.2.14 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Jasni Sulong und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita merupakan perkara yang lazim. Amalan pemakaiannya tidak sama antara masyarakat yang berdasarkan pengaruh kaum, budaya, agama, pemastautin, usia dan taraf hidup. Perbezaan ini menimbulkan persoalan hukum berkaitan dengan penetapan kadar nisab (kadar minimum) zakat emas perhiasan kerana penetapan harus berdasarkan kebiasaan semasa (‘uruf) masyarakat. Lebih-lebih lagi di Pulau Pinang, amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam telah lama tidak dikaji sejak tiga hingga empat dekad yang lalu. Perbezaan peruntukan undang-undang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam antara negeri di Malaysia juga menyebabkan penetapan kadar ‘uruf setiap negeri berbeza. Selain itu, terdapat juga isu pembayar zakat yang tidak membayar zakat kepada institusi di negeri yang didiami oleh mereka tetapi membayarnya di negeri kelahiran dan sebagainya. Hal-hal ini menyebabkan satu kajian perlu dilakukan berkenaan dengan amalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam Pulau Pinang dan kepatuhan mereka terhadap ketetapan institusi zakat negeri. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Seramai 540 wanita Islam di Pulau Pinang telah menjawab soal selidik bagi mendapatkan data kuantitatif. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan, data yang diperoleh dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Taburan frekuensi dihitung untuk mendapatkan tafsiran secara deskriptif tentang data kuantitatif yang dianalisis. Kajian mendapati bahawa peratusan yang tinggi direkodkan dalamamalan pemakaian emas perhiasan dalam kalangan wanita Islam di Pulau Pinang. Kebanyakannya memakai emas perhiasan dalam berat sekitar 200 gram hingga 250 gram. Kajian ini juga mendapati sebahagian besar wanita Islam Pulau Pinang membayar zakat emas perhiasan kepada Zakat Pulau Pinang. Dapatan kajian ini telah menyebabkan perubahan fatwa bagi kadar nisab untuk zakat emas perhiasan di negeri Pulau Pinang yang ditetapkan pada berat 250 gram.
Zitieren
APA
Sulong, J., Taha, M. M., & Suhaimi, R. (2026). Pemakaian Emas Perhiasan dan Amalan Berzakat dalam Kalangan Wanita Islam di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, 44(2), 321-341. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.14
Vancouver
Sulong J, Taha MM, Suhaimi R. Pemakaian Emas Perhiasan dan Amalan Berzakat dalam Kalangan Wanita Islam di Pulau Pinang. Kajian Malaysia. 2026;44(2):321-341. doi:10.21315/km2026.44.2.14
BibTeX
@article{Sulong2026,
author = {Sulong, Jasni and Taha, Mohd Marbawi and Suhaimi, Roshaimizam},
title = {Pemakaian Emas Perhiasan dan Amalan Berzakat dalam Kalangan Wanita Islam di Pulau Pinang},
journal = {Kajian Malaysia},
year = {2026},
volume = {44},
number = {2},
pages = {321--341},
doi = {10.21315/km2026.44.2.14}
}
EUVIMED