Penerokaan Persepsi dan Kesediaan Guru Novis Terhadap Penggunaan Chatbot AI Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education · 2026
DOI: 10.47836/pjvste.2.1.02 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education, 2026. Verfasst von Suntharamoorthi Kannan und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 33 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Pengintegrasian Kecerdasan Buatan (AI), khususnya Chatbot AI, telah membawa perubahan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Namun, kesediaan guru novis untuk mengintegrasikan teknologi ini masih memerlukan penelitian yang lebih mendalam. Kajian ini bertujuan meneroka persepsi dan kesediaan guru novis terhadap penggunaan Chatbot AI dalam pengajaran menerusi lensa Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental tunggal yang melibatkan lima orang guru novis dari sebuah sekolah rendah yang sama di Kuala Lumpur, Malaysia, melalui temu bual separa berstruktur. Data dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa peserta melihat Chatbot AI sebagai “pembantu guru” yang menyokong persediaan pengajaran, penjelasan konsep dan penjanaan idea aktiviti pembelajaran. Chatbot AI turut dianggap mudah digunakan dan membantu mempercepat pelaksanaan tugasan pengajaran, namun peserta masih menghadapi cabaran dalam menghasilkan arahan (prompt) yang jelas dan spesifik. Sokongan pentadbir dan rakan sejawat, ketersediaan infrastruktur, bantuan teknikal serta latihan profesional berstruktur turut dikenal pasti sebagai faktor yang menyokong kesediaan peserta. Dapatan ini menekankan kepentingan pembangunan kompetensi AI dan penyediaan ekosistem sekolah yang kondusif bagi menyokong pengintegrasian Chatbot AI secara bermakna.
Zitieren
APA
Kannan, S., Khambari, M. N. M., Syed-Abdullah, S. I. S., & Mahat, J. (2026). Penerokaan Persepsi dan Kesediaan Guru Novis Terhadap Penggunaan Chatbot AI Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. https://doi.org/10.47836/pjvste.2.1.02
Vancouver
Kannan S, Khambari MNM, Syed-Abdullah SIS, Mahat J. Penerokaan Persepsi dan Kesediaan Guru Novis Terhadap Penggunaan Chatbot AI Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. 2026. doi:10.47836/pjvste.2.1.02
BibTeX
@article{Kannan2026,
author = {Kannan, Suntharamoorthi and Khambari, Mas Nida Md and Syed-Abdullah, Sharifah Intan Sharina and Mahat, Jazihan},
title = {Penerokaan Persepsi dan Kesediaan Guru Novis Terhadap Penggunaan Chatbot AI Dalam Pengajaran dan Pembelajaran},
journal = {Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education},
year = {2026},
doi = {10.47836/pjvste.2.1.02}
}
EUVIMED