Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah: Analisis Perspektif Guru
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 30.04.2026 · 11 (4) · e003866
DOI: 10.47405/mjssh.v11i4.3866 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 30.04.2026. Verfasst von Nurul Ezzati Abu Hasan.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan meneroka peluang dan cabaran integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains sekolah menengah daripada perspektif guru sains di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur melibatkan lapan orang guru sains sekolah menengah yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik berdasarkan prosedur Braun dan Clarke. Dapatan kajian menunjukkan bahawa AI berpotensi menyokong pembelajaran diperibadikan, meningkatkan penglibatan murid serta membantu guru dalam pentaksiran melalui analitik pembelajaran. Walau bagaimanapun, cabaran utama yang dikenal pasti termasuk tahap kesediaan dan kompetensi guru yang berbeza, kekangan infrastruktur digital serta kebimbangan terhadap isu etika dan privasi data murid. Kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan integrasi AI dalam PdP sains bergantung kepada keseimbangan antara teknologi, pedagogi dan sokongan organisasi. Implikasi kajian mencadangkan keperluan latihan profesional berfokus, penambahbaikan infrastruktur dan pembangunan garis panduan etika bagi memastikan penggunaan AI yang berkesan dan bertanggungjawab dalam konteks sekolah menengah Malaysia.
Zitieren
APA
Hasan, N. E. A. (2026). Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah: Analisis Perspektif Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(4), e003866. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i4.3866
Vancouver
Hasan NEA. Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah: Analisis Perspektif Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(4):e003866. doi:10.47405/mjssh.v11i4.3866
BibTeX
@article{Hasan2026,
author = {Hasan, Nurul Ezzati Abu},
title = {Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah: Analisis Perspektif Guru},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {4},
pages = {e003866},
doi = {10.47405/mjssh.v11i4.3866}
}
EUVIMED