EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

MENEROKA TAHAP PELAKSANAAN MOD PELIBATAN PEMBELAJARAN OLEH GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DI NEGERI KEDAH

Zurina Hamid, Hidayat Shuib

International Journal of Education Psychology and Counseling · 31.03.2026 · 11 (62)

DOI: 10.35631/ijepc.1162077 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 31.03.2026. Verfasst von Zurina Hamid und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 58 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pelibatan murid merupakan indikator penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, khususnya dalam konteks pendidikan abad ke-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Model ICAP menyediakan kerangka teori yang sistematik untuk memahami tahap pelibatan murid berdasarkan proses kognitif. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mod pelibatan pembelajaran berasaskan Model ICAP dalam kalangan guru novis masih berhadapan dengan pelbagai halangan, termasuk jurang antara teori dan amalan pedagogi, kekangan pengalaman, motivasi dan efikasi kendiri. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pelaksanaan serta meneroka pengalaman guru novis dalam mengaplikasikan mod pelibatan pembelajaran berasaskan Model ICAP di bilik darjah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran eksplanatori berjujukan, di mana fasa kuantitatif melibatkan 243 responden menggunakan soal selidik skala Likert 5 mata dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi menggunakan SPSS versi 29. Sementara itu, fasa kualitatif pula menggunakan pendekatan fenomenologi melalui persampelan bertujuan melibatkan lima peserta, dengan data temu bual separa berstruktur dianalisis secara tematik menggunakan Atlas.ti bagi meneroka pengalaman guru novis secara mendalam. Dapatan menunjukkan tahap pelibatan aktif dan konstruktif guru novis mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan tahap pelibatan keseluruhan, khususnya mod konstruktif (r = 0.763, p < 0.001) manakala mod aktif (r = 0.749, p < 0.001). Dapatan kualitatif menyokong dapatan kuantitatif, di mana guru novis mengaplikasikan strategi aktif dan konstruktif melalui tugasan berfikir aras tinggi, perbincangan kumpulan, pembentangan, dan aktiviti kolaboratif walaupun menghadapi kekangan tertentu. Kesimpulannya, Model ICAP berpotensi meningkatkan kualiti pelibatan pembelajaran murid sekiranya guru novis diberikan sokongan latihan pedagogi dan bimbingan profesional yang berterusan. Kajian ini mencadangkan agar sokongan pembangunan profesional yang berterusan, latihan pedagogi berfokuskan Model ICAP bagi membantu guru novis melaksanakan mod pelibatan pembelajaran secara lebih berkesan.

Zitieren

APA

Hamid, Z., & Shuib, H. (2026). MENEROKA TAHAP PELAKSANAAN MOD PELIBATAN PEMBELAJARAN OLEH GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DI NEGERI KEDAH. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62). https://doi.org/10.35631/ijepc.1162077

Vancouver

Hamid Z, Shuib H. MENEROKA TAHAP PELAKSANAAN MOD PELIBATAN PEMBELAJARAN OLEH GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DI NEGERI KEDAH. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62). doi:10.35631/ijepc.1162077

BibTeX
@article{Hamid2026,
  author = {Hamid, Zurina and Shuib, Hidayat},
  title = {MENEROKA TAHAP PELAKSANAAN MOD PELIBATAN PEMBELAJARAN OLEH GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DI NEGERI KEDAH},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  doi = {10.35631/ijepc.1162077}
}
Kostenlos starten →