EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA

Che Ahmad Syauqi Che Seri Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Faiz Hakimi Muhammad Noor Afandi, Che Ku Alif Hakim Che Ku Mahmod, Mohamad Ikhwan Na’im Nurul Azmi, Nurakid Baihaqi Norasmadi, Wan Aliff Adli Wan Ismail

International Journal of Modern Education · 09.06.2026 · 8 (30) · 113

DOI: 10.35631/ijmoe.830009 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 09.06.2026. Verfasst von Che Ahmad Syauqi Che Seri Ismail und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 15 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah mendorong transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan laman web pembelajaran digital TechDeen sebagai medium sokongan pembelajaran bagi topik Feqah Tingkatan Lima Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembangunan TechDeen memberi tumpuan kepada penyediaan nota ringkas, kandungan visual serta elemen interaktif seperti kuiz dan permainan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik dalam talian menggunakan Google Form. Seramai 125 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima, guru Pendidikan Islam dan ibu bapa terlibat sebagai sampel kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menilai tahap kefahaman, kebolehgunaan serta penerimaan pengguna terhadap platform TechDeen. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap semua tajuk Feqah berada pada tahap tinggi, dengan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap reka bentuk, kekemasan dan keberkesanan platform sebagai bahan pembelajaran dan ulang kaji. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa integrasi teknologi digital melalui pembangunan laman web TechDeen berpotensi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta menyokong pelaksanaan pedagogi abad ke-21 secara lebih interaktif dan berpusatkan pelajar.

Zitieren

APA

Ismail, C. A. S. C. S., Ismail, W. O. A. S. W., Afandi, F. H. M. N., Mahmod, C. K. A. H. C. K., Azmi, M. I. N. N., Norasmadi, N. B., & Ismail, W. A. A. W. (2026). KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA. International Journal of Modern Education, 8(30), 113. https://doi.org/10.35631/ijmoe.830009

Vancouver

Ismail CASCS, Ismail WOASW, Afandi FHMN, Mahmod CKAHCK, Azmi MINN, Norasmadi NB, et al. KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA. International Journal of Modern Education. 2026;8(30):113. doi:10.35631/ijmoe.830009

BibTeX
@article{Ismail2026,
  author = {Ismail, Che Ahmad Syauqi Che Seri and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Afandi, Faiz Hakimi Muhammad Noor and Mahmod, Che Ku Alif Hakim Che Ku and Azmi, Mohamad Ikhwan Na’im Nurul and Norasmadi, Nurakid Baihaqi and Ismail, Wan Aliff Adli Wan},
  title = {KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {30},
  pages = {113},
  doi = {10.35631/ijmoe.830009}
}
Kostenlos starten →