EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH

Nurdhia Syafiah Rosmahadi, Wan Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Fatimah Hanisah Mohd Hanafi, Nur Amni Aziqa Muhamad Amran, Nurul Izzah Afifah Mohd Suhaimi, Nur Alya Izzati Januri, Nik Fatihah Shaifudin

International Journal of Modern Education · 04.03.2026 · 8 (29) · 532

DOI: 10.35631/ijmoe.829032 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 04.03.2026. Verfasst von Nurdhia Syafiah Rosmahadi und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 20 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fiqah di sekolah menengah masih banyak bergantung kepada kaedah tradisional yang berpusatkan guru, menyebabkan tahap kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar berada pada tahap sederhana, khususnya bagi topik yang bersifat aplikatif seperti haji, sembelihan, korban dan aqiqah. Kekurangan bahan pembelajaran digital yang menyeluruh dan interaktif selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21 menuntut penilaian terhadap platform alternatif yang lebih berkesan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi menilai keberkesanan platform digital E-Fiqhuna sebagai bahan pembelajaran interaktif Fiqah Tingkatan 4. Data kuantitatif diperoleh melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik skala Likert, manakala data kualitatif dikumpulkan melalui maklum balas terbuka responden. Seramai 219 orang responden terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman pelajar selepas penggunaan E-Fiqhuna, antaranya peningkatan peratus jawapan betul bagi konsep wuquf di Arafah daripada 44.7% kepada 56.2%, haji tamattu‘ daripada 48.4% kepada 58.0%, serta hukum korban yang mencatat peningkatan tertinggi daripada 32.9% kepada 52.5%. Selain itu, lebih 80% responden menyatakan bahawa penggunaan video, nota interaktif dan elemen gamifikasi meningkatkan motivasi dan kefahaman pembelajaran, manakala 100% responden bersetuju bahawa platform ini mudah diakses dan mesra pengguna. Kesimpulannya, platform digital E-Fiqhuna terbukti berkesan dalam meningkatkan kefahaman, minat dan penglibatan pelajar serta berpotensi menjadi bahan pembelajaran digital komprehensif yang menyokong PdP Fiqah secara lebih interaktif dan bermakna

Zitieren

APA

Rosmahadi, N. S., Ismail, W. O. A. S. W., Hanafi, F. H. M., Amran, N. A. A. M., Suhaimi, N. I. A. M., Januri, N. A. I., & Shaifudin, N. F. (2026). INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH. International Journal of Modern Education, 8(29), 532. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829032

Vancouver

Rosmahadi NS, Ismail WOASW, Hanafi FHM, Amran NAAM, Suhaimi NIAM, Januri NAI, et al. INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):532. doi:10.35631/ijmoe.829032

BibTeX
@article{Rosmahadi2026,
  author = {Rosmahadi, Nurdhia Syafiah and Ismail, Wan Omar Ali Saifuddin Wan and Hanafi, Fatimah Hanisah Mohd and Amran, Nur Amni Aziqa Muhamad and Suhaimi, Nurul Izzah Afifah Mohd and Januri, Nur Alya Izzati and Shaifudin, Nik Fatihah},
  title = {INTEGRASI LAMAN WEB E-FIQHUNA DALAM PEMBELAJARAN FIQH : SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEKOLAH MENENGAH},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {29},
  pages = {532},
  doi = {10.35631/ijmoe.829032}
}
Kostenlos starten →