EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KEBERKESANAN LAMAN WEB FIQHUP SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM

Amirrul Zaqwan Abd Rashid, W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Ahmad Awis Al-Qiranni Ahmad Tamrin, Muhammad Irfan Azahari, Amar Daniel Ibrahim, Muhd Hilmi Azhari, Mohd Alif Arif

International Journal of Modern Education · 04.03.2026 · 8 (29) · 567

DOI: 10.35631/ijmoe.829034 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 04.03.2026. Verfasst von Amirrul Zaqwan Abd Rashid und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 18 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kemajuan teknologi digital telah mengubah corak pembelajaran masa kini, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran tradisional yang bergantung sepenuhnya kepada buku teks didapati kurang menarik minat pelajar serta kurang bersifat interaktif dalam penyampaian konsep fiqh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan laman web FiqhUp sebagai medium pembelajaran digital dalam meningkatkan kefahaman pelajar serta menyokong pengajaran fiqh oleh guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik berskala Likert lima mata yang melibatkan 127 orang responden, terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus. Populasi kajian adalah seramai 200 orang dan pemilihan sampel adalah berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen kajian merangkumi empat komponen utama, iaitu tahap penggunaan, persepsi keberkesanan, kebolehaksesan dan penerimaan pengguna. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan dan penerimaan terhadap FiqhUp berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.92, SP = 0.58). Sebanyak 88% responden bersetuju bahawa FiqhUp mudah digunakan, mesra pengguna dan berupaya meningkatkan pemahaman fiqh melalui bahan pembelajaran yang interaktif serta tersusun. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti, antaranya capaian internet yang tidak stabil, perbezaan tahap kemahiran digital serta ketersediaan peranti. Kesimpulannya, FiqhUp merupakan platform pembelajaran digital yang berkesan dalam konteks Pendidikan Islam dan berpotensi untuk diperkembangkan dengan sokongan infrastruktur teknologi serta latihan berterusan kepada pengguna. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa integrasi digital mampu memperkukuh pengajaran fiqh dalam konteks pendidikan abad ke-21 dan menyokong pembelajaran aktif serta berpusatkan pelajar.

Zitieren

APA

Rashid, A. Z. A., Ismail, W. O. A. S. W., Tamrin, A. A. A. A., Azahari, M. I., Ibrahim, A. D., Azhari, M. H., & Arif, M. A. (2026). KEBERKESANAN LAMAN WEB FIQHUP SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM. International Journal of Modern Education, 8(29), 567. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829034

Vancouver

Rashid AZA, Ismail WOASW, Tamrin AAAA, Azahari MI, Ibrahim AD, Azhari MH, et al. KEBERKESANAN LAMAN WEB FIQHUP SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):567. doi:10.35631/ijmoe.829034

BibTeX
@article{Rashid2026,
  author = {Rashid, Amirrul Zaqwan Abd and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Tamrin, Ahmad Awis Al-Qiranni Ahmad and Azahari, Muhammad Irfan and Ibrahim, Amar Daniel and Azhari, Muhd Hilmi and Arif, Mohd Alif},
  title = {KEBERKESANAN LAMAN WEB FIQHUP SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {29},
  pages = {567},
  doi = {10.35631/ijmoe.829034}
}
Kostenlos starten →