EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KEPERLUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KOLABORATIF, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF DALAM KALANGAN PELAJAR ON THE JOB TRAINING DI KOLEJ VOKASIONAL

Md Rizal Sharif, Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Irwan Mahazir Ismail

International Journal of Modern Education · 03.03.2026 · 8 (29) · 369

DOI: 10.35631/ijmoe.829023 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 03.03.2026. Verfasst von Md Rizal Sharif und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 25 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berperanan penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa selaras dengan aspirasi negara menuju status negara maju. Di Malaysia, pelaksanaan TVET diperkukuh melalui penubuhan kolej vokasional yang menawarkan program latihan berasaskan kemahiran. On-The Job Training (OJT) merupakan kursus wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di kolej vokasional. OJT merupakan satu program latihan di tempat kerja yang membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada mereka di organisasi latihan. Pada masa kini, kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif merupakan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja seiring dengan keperluan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan elemen komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar OJT di kolej vokasional. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang melibatkan 34 orang pensyarah penyelia OJT di sebuah kolej vokasional di Zon Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen yang dikaji berada pada tahap tinggi dengan nilai min melebihi 3.7, sekali gus membuktikan kepentingan penerapan elemen-elemen tersebut dalam penyeliaan OJT. Kesimpulannya, penerapan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif dalam pelaksanaan OJT adalah wajar dan signifikan diterapkan dalam kalangan pelajar kolej vokasional bagi meningkatkan kebolehpasaran kerja yang semakin kompleks dan dinamik.

Zitieren

APA

Sharif, M. R., Yahaya, W. A. J. W., & Ismail, I. M. (2026). KEPERLUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KOLABORATIF, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF DALAM KALANGAN PELAJAR ON THE JOB TRAINING DI KOLEJ VOKASIONAL. International Journal of Modern Education, 8(29), 369. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829023

Vancouver

Sharif MR, Yahaya WAJW, Ismail IM. KEPERLUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KOLABORATIF, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF DALAM KALANGAN PELAJAR ON THE JOB TRAINING DI KOLEJ VOKASIONAL. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):369. doi:10.35631/ijmoe.829023

BibTeX
@article{Sharif2026,
  author = {Sharif, Md Rizal and Yahaya, Wan Ahmad Jaafar Wan and Ismail, Irwan Mahazir},
  title = {KEPERLUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KOLABORATIF, PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF DALAM KALANGAN PELAJAR ON THE JOB TRAINING DI KOLEJ VOKASIONAL},
  journal = {International Journal of Modern Education},
  year = {2026},
  volume = {8},
  number = {29},
  pages = {369},
  doi = {10.35631/ijmoe.829023}
}
Kostenlos starten →