KEPERLUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN ON THE JOB TRAINING SECARA WEBINAR DALAM KALANGAN PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL
International Journal of Education Psychology and Counseling · 02.03.2026 · 11 (62) · 272
DOI: 10.35631/ijepc.1162018 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 02.03.2026. Verfasst von Md Rizal Sharif und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 20 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
On-the-Job Training (OJT) merupakan kursus teras dan syarat wajib dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Pelaksanaan OJT melibatkan pelajar semester akhir yang menjalani latihan di tempat kerja selama lima bulan di organisasi latihan serta diselia oleh pensyarah secara berkala. Seiring dengan perkembangan pembelajaran digital dan pengalaman pelaksanaan penyeliaan secara dalam talian semasa pandemik COVID-19, penggunaan platform webinar telah diiktiraf sebagai medium alternatif yang dibenarkan bagi penyeliaan OJT di kolej vokasional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan penyeliaan OJT secara dalam talian menggunakan platform webinar berdasarkan maklum balas pensyarah penyelia OJT di kolej vokasional. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif melalui kaedah tinjauan bagi mengumpul data secara sistematik dan berstruktur daripada responden yang berpengalaman. Dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan pensyarah terhadap pelaksanaan penyeliaan OJT secara webinar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 4.15 dan sisihan piawai 0.64. Kesemua item keperluan mencatatkan nilai min melebihi 3.90 dan ini menunjukkan tahap penerimaan yang sangat positif. Item berkaitan keupayaan webinar dalam menyampaikan maklumat serta penjimatan masa dan kos mencatatkan skor min tertinggi manakala item berkaitan impak keseluruhan webinar mencatat skor min terendah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa penyeliaan OJT secara dalam talian melalui platform webinar merupakan satu keperluan yang signifikan dan berpotensi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan OJT. Kajian ini juga bertujuan untuk menyokong pembangunan sebuah model penyeliaan OJT berasaskan webinar yang lebih sistematik dan berstruktur di kolej vokasional.
Zitieren
APA
Sharif, M. R., Yahaya, W. A. J. W., & Ismail, I. M. (2026). KEPERLUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN ON THE JOB TRAINING SECARA WEBINAR DALAM KALANGAN PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 272. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162018
Vancouver
Sharif MR, Yahaya WAJW, Ismail IM. KEPERLUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN ON THE JOB TRAINING SECARA WEBINAR DALAM KALANGAN PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):272. doi:10.35631/ijepc.1162018
BibTeX
@article{Sharif2026,
author = {Sharif, Md Rizal and Yahaya, Wan Ahmad Jaafar Wan and Ismail, Irwan Mahazir},
title = {KEPERLUAN PELAKSANAAN PENYELIAAN ON THE JOB TRAINING SECARA WEBINAR DALAM KALANGAN PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {62},
pages = {272},
doi = {10.35631/ijepc.1162018}
}
EUVIMED