PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI NEGERI TERENGGANU
International Journal of Modern Education · 28.09.2026 · 8 (31) · 1783
DOI: 10.35631/ijmoe.831103 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 28.09.2026. Verfasst von Muhammad Wafiyuddin Zafri und 5 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 26 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme, tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Sampel kajian terdiri daripada 211 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata berdasarkan daerah di Negeri Terengganu. Sebuah sekolah dipilih secara rawak daripada setiap daerah, manakala sekitar 26 hingga 27 orang pelajar dipilih daripada setiap sekolah yang terlibat. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen kajian terdahulu dan disahkan oleh tiga orang pakar pendidikan. Ujian rintis terhadap 30 orang pelajar menghasilkan nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha, α = 0.89. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai, serta statistik inferensi melalui Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme berada pada tahap tinggi (min = 4.37, SP = 0.80), manakala tahap persepsi kendiri terhadap penguasaan KBAT juga berada pada tahap tinggi (min = 4.14, SP = 0.79). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara pendekatan konstruktivisme dengan persepsi kendiri terhadap penguasaan KBAT (r = 0.71, p < 0.001). Dapatan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme yang dirasai oleh pelajar, semakin tinggi juga persepsi kendiri mereka terhadap penguasaan KBAT. Walau bagaimanapun, dapatan berkaitan KBAT perlu ditafsirkan berdasarkan sifat pengukuran kendiri dan tidak dianggap sebagai ukuran langsung terhadap prestasi kognitif pelajar. Kajian ini memberikan implikasi kepada pengukuhan amalan pedagogi yang berpusatkan pelajar bagi menyokong perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Zitieren
APA
Zafri, M. W., Ismail, W. O. A. S. W., Yazi, M. A., Ghazali, M. S., Onn, A. A. A., & Fadhil, S. A. R. A. I. S. A. (2026). PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI NEGERI TERENGGANU. International Journal of Modern Education, 8(31), 1783. https://doi.org/10.35631/ijmoe.831103
Vancouver
Zafri MW, Ismail WOASW, Yazi MA, Ghazali MS, Onn AAA, Fadhil SARAISA. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI NEGERI TERENGGANU. International Journal of Modern Education. 2026;8(31):1783. doi:10.35631/ijmoe.831103
BibTeX
@article{Zafri2026,
author = {Zafri, Muhammad Wafiyuddin and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Yazi, Mujahid Ahmad and Ghazali, Muhammad Syauqi and Onn, Ahmad Azmin Aizad and Fadhil, Syed Abdul Rahman Al Idrus Syed Ahmad},
title = {PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI NEGERI TERENGGANU},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {31},
pages = {1783},
doi = {10.35631/ijmoe.831103}
}
EUVIMED