EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ

Zurina Hamid, Nurul Huda Ishak, Muhammad Noor, Sanitah Yusof, Noor Azean Atan

International Journal of Education Psychology and Counseling · 11.03.2026 · 11 (62) · 797

DOI: 10.35631/ijepc.1162046 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 11.03.2026. Verfasst von Zurina Hamid und 4 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 17 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan Pembelajaran Quantum terhadap penguasaan Matematik pelajar Sekolah Menengah Agama Tahfiz serta meneliti implikasinya terhadap aspek motivasi dan kefahaman konseptual pelajar. Pelaksanaan kajian ini didorong oleh kebimbangan terhadap prestasi Matematik pelajar Malaysia yang masih berada di bawah penanda aras antarabangsa, di samping cabaran khusus pelajar tahfiz yang perlu mengimbangi tuntutan akademik dan hafazan al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan pasca yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan tidak setara. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah Sekolah Menengah Agama Tahfiz di negeri Kedah terlibat sebagai responden. Kumpulan rawatan mengikuti pengajaran berasaskan Pembelajaran Quantum selama lapan minggu, manakala kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Data kuantitatif dianalisis menggunakan Analisis Kovarians (ANCOVA) selepas memenuhi andaian normaliti dan homogeniti, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan Matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan saiz kesan yang besar. Analisis kualitatif pula mendapati bahawa penggunaan strategi multisensori, kolaboratif dan kontekstual meningkatkan motivasi, keyakinan serta kefahaman konsep Matematik pelajar. Secara keseluruhan, Pembelajaran Quantum didapati berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam konteks sekolah agama tahfiz sebagai pendekatan pedagogi yang holistik dan bermakna.

Zitieren

APA

Hamid, Z., Ishak, N. H., Noor, M., Yusof, S., & Atan, N. A. (2026). KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 797. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162046

Vancouver

Hamid Z, Ishak NH, Noor M, Yusof S, Atan NA. KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):797. doi:10.35631/ijepc.1162046

BibTeX
@article{Hamid2026,
  author = {Hamid, Zurina and Ishak, Nurul Huda and Noor, Muhammad and Yusof, Sanitah and Atan, Noor Azean},
  title = {KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN QUANTUM TERHADAP PENGUASAAN MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAHFIZ},
  journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {62},
  pages = {797},
  doi = {10.35631/ijepc.1162046}
}
Kostenlos starten →