PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO DAN GAMIFIKASI DALAM MEMBANTU KEFAHAMAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH
International Journal of Modern Education · 28.09.2026 · 8 (31) · 1670
DOI: 10.35631/ijmoe.831097 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 28.09.2026. Verfasst von Norhanisah Alias und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Penggunaan alat bantu mengajar yang interaktif dan menarik dalam pengajaran merupakan salah satu inisiatif untuk mengatasi stigma pelajar terhadap subjek Matematik. Dengan mengaplikasikan video pembelajaran dan gamifikasi dalam subjek ini, motivasi dan minat pelajar untuk mempelajari Matematik dapat ditingkatkan, di samping memenuhi keperluan generasi sekarang yang lebih cenderung ke arah pembelajaran yang berciri hiburan. Selari dengan pendidikan abad ke-21 yang berpusatkan pelajar, perubahan pengajaran ke arah didik hibur yang interaktif amat digalakkan supaya pencapaian domain kognitif dan kepuasan afektf pelajar dapat diseimbang serta dipertingkatkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan pembelajaran berasaskan video dan gamifikasi dalam membantu kefahaman Matematik. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik yang disebarkan melalui Google Form kepada 200 responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di Malaysia. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pembelajaran berasaskan video dan permainan ini saling melengkapi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang inklusif. Gabungan kedua-dua kaedah ini dalam satu sesi pengajaran mampu memberikan impak optimum dalam penguasaan Matematik melalui pembahagian peranan pengajaran yang jelas. Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik ini berkesan melalui pengintegrasian pelbagai kaedah, di mana dengan kepelbagaian kaedah yang digunakan dapat menterjemah kandungan secara inovatif, malah bertindak sebagai pemangkin utama dalam meningkatkan pencapaian Matematik ke tahap yang lebih baik.
Zitieren
APA
Alias, N., Ismail, W. O. A. S. W., Noor, M. S. A. M., & Asri, N. L. (2026). PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO DAN GAMIFIKASI DALAM MEMBANTU KEFAHAMAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH. International Journal of Modern Education, 8(31), 1670. https://doi.org/10.35631/ijmoe.831097
Vancouver
Alias N, Ismail WOASW, Noor MSAM, Asri NL. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO DAN GAMIFIKASI DALAM MEMBANTU KEFAHAMAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH. International Journal of Modern Education. 2026;8(31):1670. doi:10.35631/ijmoe.831097
BibTeX
@article{Alias2026,
author = {Alias, Norhanisah and Ismail, W Omar Ali Saifuddin Wan and Noor, Muhammad Shahril Aiman Mohd and Asri, Nur Liyana},
title = {PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN VIDEO DAN GAMIFIKASI DALAM MEMBANTU KEFAHAMAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {31},
pages = {1670},
doi = {10.35631/ijmoe.831097}
}
EUVIMED