IMPLIKASI PENGGUNAAN MANUAL KAUNSELING SYARIE DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM TERHADAP SPIRITUAL KLIEN
International Journal of Education Psychology and Counseling · 05.03.2026 · 11 (62) · 401
DOI: 10.35631/ijepc.1162025 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education Psychology and Counseling, online erschienen am 05.03.2026. Verfasst von Salasiah Hanin Hamjah und 6 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 74 Literaturangaben. Gefördert von: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Abstract (Originalsprache)
Kepesatan pembangunan pasca modenisme dan arus teknologi maklumat telah mengubah landskap sosial masyarakat, sekali gus menimbulkan pelbagai cabaran baharu dari segi hubungan kekeluargaan, nilai moral, masalah ekonomi dan kesejahteraan sosial. Ini menyebabkan ramai individu tidak memiliki panduan yang jelas dalam menghadapi cabaran kehidupan. Dalam situasi ini, kaunselor Muslim memerlukan pendekatan yang dapat membimbing klien kembali kepada nilai, akhlak dan spiritual Islam, namun panduan yang sistematik untuk mengaplikasikan elemen-elemen ini masih terhad. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti implikasi penerapan manual Kaunseling Syarie dalam kalangan kaunselor Muslim terhadap spiritual klien. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan, melibatkan 53 orang klien yang dipilih melalui persampelan bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan Manual Kaunseling Syarie memberi implikasi positif terhadap perkembangan spiritual klien. Implikasi tersebut merangkumi pengukuhan hubungan klien dengan Allah SWT melalui peningkatan amalan ibadah dan kerohanian seperti solat, zikir dan qiyamullail, di samping peningkatan kesedaran spiritual terhadap peranan diri sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka bumi. Selain itu, klien turut menunjukkan kecenderungan positif ke arah proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) serta mencapai tahap kesejahteraan dan kepuasan spiritual yang lebih baik selepas mengikuti sesi kaunseling berpandukan Manual Kaunseling Syarie. Implikasi kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk meneruskan penggunaan Manual Kaunseling Syarie dalam kalangan kaunselor bagi meningkatkan keberkesanan kaunseling khususnya meningkatkan kesejahteraan spiritual klien.
Förderung
- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Zitieren
APA
Hamjah, S. H., Yahya, S. A., Ismail, Z., Saper, M. N., Zakaria, N., Ahmat, M. F., & Arib, N. M. (2026). IMPLIKASI PENGGUNAAN MANUAL KAUNSELING SYARIE DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM TERHADAP SPIRITUAL KLIEN. International Journal of Education Psychology and Counseling, 11(62), 401. https://doi.org/10.35631/ijepc.1162025
Vancouver
Hamjah SH, Yahya SA, Ismail Z, Saper MN, Zakaria N, Ahmat MF, et al. IMPLIKASI PENGGUNAAN MANUAL KAUNSELING SYARIE DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM TERHADAP SPIRITUAL KLIEN. International Journal of Education Psychology and Counseling. 2026;11(62):401. doi:10.35631/ijepc.1162025
BibTeX
@article{Hamjah2026,
author = {Hamjah, Salasiah Hanin and Yahya, Siti Aishah and Ismail, Zainab and Saper, Md. Noor and Zakaria, Norazlina and Ahmat, Muhamad Fadhli and Arib, Nadhirah Muhamad},
title = {IMPLIKASI PENGGUNAAN MANUAL KAUNSELING SYARIE DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM TERHADAP SPIRITUAL KLIEN},
journal = {International Journal of Education Psychology and Counseling},
year = {2026},
volume = {11},
number = {62},
pages = {401},
doi = {10.35631/ijepc.1162025}
}
EUVIMED