EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim

Wan Ji Wan Hussin, Burhan Che Daud

International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH) · 30.04.2024 · 7 (1) · 68-82

DOI: 10.47254/01zx6748 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), online erschienen am 30.04.2024. Verfasst von Wan Ji Wan Hussin und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Gerakan terorisme berlaku dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim. Gerakan terorisme dalam kalangan Muslim wujud dengan pelbagai nama seperti Boko Haram, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) dan sebagainya. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa gerakan terorisme dalam kalangan Muslim berkait rapat dengan pemikiran Salafiyyah kerana gerakan tersebut didokong oleh beberapa orang tokoh teroris yang mengangkat fikrah Salafiyyah. Pihak lain pula menyimpulkan terdapat perkaitan antara terorisme dengan pemikiran gerakan Ikhwan Muslimin dengan mengaitkan kepada seorang idealog Ikhwan Muslimin yang mengangkat konsep Hakimiyyah dalam wacana Syed Qutb. Pada masa yang sama, ramai tokoh teroris kontemporari mengungkapkan pentafsiran Syed Qutb dalam memberi huraian yang berkaitan dengan Hakimiyyah menjadi asas terhadap kepercayaan dan pegangan mereka yang baharu. Menggunakan pendekatan kajian turath yang merangkumi kaedah istiqra’, istinbat, istirdadi dan jadali, penulisan ini dipersembahkan dengan dikemukakan perbahasan berkenaan kaitan gerakan terorisme dengan pentafsiran teks Islam, perkaitan antara tafsiran konsep Hakimiyyah dalam kalangan teroris dan kritikan terhadap pentafsiran Hakimiyyah dalam versi terorisme serta perbahasannya. Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pentafsiran kelompok teroris terhadap konsep hakimiyyah tidak memenuhi tahap piawaian pentafsiran yang muktabar yang disepakati oleh para ulama silam dan kontemporari. Tambahan pula, implikasi daripada pentafsiran tersebut menatijahkan perlakuan yang bercanggah dengan matlamat wahyu dan maqasid syariah dalam agama Islam.

Zitieren

APA

Hussin, W. J. W., & Daud, B. C. (2024). Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH), 7(1), 68-82. https://doi.org/10.47254/01zx6748

Vancouver

Hussin WJW, Daud BC. Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH). 2024;7(1):68-82. doi:10.47254/01zx6748

BibTeX
@article{Hussin2024,
  author = {Hussin, Wan Ji Wan and Daud, Burhan Che},
  title = {Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim},
  journal = {International Online Journal of Language, Communication, and Humanities (INSANIAH)},
  year = {2024},
  volume = {7},
  number = {1},
  pages = {68--82},
  doi = {10.47254/01zx6748}
}
Kostenlos starten →