TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: IMPLIKASI PENGGUNAAN CHATGPT TERHADAP AMALAN ETIKA PROFESIONAL GURU
International Journal of Modern Education · 05.03.2026 · 8 (29) · 665
DOI: 10.35631/ijmoe.829040 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Modern Education, online erschienen am 05.03.2026. Verfasst von Xin Yi Khor und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 27 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Dalam era Revolusi Industri 4.0, transformasi digital telah mengintegrasikan alatan AI generatif seperti ChatGPT ke dalam sektor pendidikan, sekali gus mencetuskan polemik mengenai integriti akademik dan tanggungjawab profesional. Walau bagaimanapun, kebanyakan perbincangan semasa mengenai ChatGPT didapati lebih bersifat normatif atau konseptual, manakala bukti empirikal dalam konteks guru tempatan masih amat terhad. Masih wujud kekosongan kajian yang menghubungkan penggunaan AI secara khusus dengan amalan etika profesional guru. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan ChatGPT, menilai amalan etika profesional guru, serta menganalisis hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Konstruk penggunaan ChatGPT diperincikan merangkumi aspek tujuan penggunaan seperti perancangan pengajaran, penyediaan bahan, pentaksiran, dan refleksi pengajaran serta tahap kekerapan penggunaannya. Reka bentuk kajian menggunakan korelasi, data diperoleh melalui soal selidik yang melibatkan 248 orang guru di Selangor dan dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui statistik deskriptif serta korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan terhadap ChatGPT adalah sangat tinggi (98.4%), yang mencerminkan pengintegrasian alat ini secara rutin dalam tugasan harian pendidik. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara penggunaan ChatGPT dan amalan etika profesional, namun nilai korelasi (r= 0.279, p< 0.001) menunjukkan kekuatan hubungan yang berada pada tahap kecil ke sederhana. Pentafsiran hubungan ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana walaupun ia signifikan, hubungannya tidak kuat dan tidak membawa implikasi sebab-akibat. Dapatan ini memberi petunjuk bahawa kekerapan serta tujuan penggunaan ChatGPT mempunyai perkaitan dengan tahap kesedaran etika dalam kalangan pendidik. Kajian ini menekankan kepentingan integrasi AI secara reflektif dan keperluan latihan profesional yang khusus bagi menjamin kelestarian integriti profesion keguruan dalam fasa transformasi digital.
Zitieren
APA
Khor, X. Y., & Surat, S. (2026). TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: IMPLIKASI PENGGUNAAN CHATGPT TERHADAP AMALAN ETIKA PROFESIONAL GURU. International Journal of Modern Education, 8(29), 665. https://doi.org/10.35631/ijmoe.829040
Vancouver
Khor XY, Surat S. TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: IMPLIKASI PENGGUNAAN CHATGPT TERHADAP AMALAN ETIKA PROFESIONAL GURU. International Journal of Modern Education. 2026;8(29):665. doi:10.35631/ijmoe.829040
BibTeX
@article{Khor2026,
author = {Khor, Xin Yi and Surat, Shahlan},
title = {TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: IMPLIKASI PENGGUNAAN CHATGPT TERHADAP AMALAN ETIKA PROFESIONAL GURU},
journal = {International Journal of Modern Education},
year = {2026},
volume = {8},
number = {29},
pages = {665},
doi = {10.35631/ijmoe.829040}
}
EUVIMED