Pengukuhan Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan Melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019–2023
Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 155-182
DOI: 10.21315/km2026.44.2.8 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Muhammad Firdaus Azizan und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kerajaan Malaysia meletakkan keutamaan pada tadbir urus yang baik dan telah mewujudkan pelan komprehensif yang mengintegrasikan usaha bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah melalui Pelan AntirasuahNasional (NACP) 2019–2023. Antara strategi yang diketengahkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam perolehan awam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pencapaian tiga inisiatif yang berkaitan dengan integriti dalam perolehan awam iaitu mewujudkan dasar perolehan komprehensif mengenai pendedahan konflik kepentingan; memperkukuh Integrity Pact agar selaras dengan piawaian yang berkuat kuasa; dan mengatasi masalah kebocoran maklumat dalam proses perolehan. Penyelidikan ini mengambil pendekatan kualitatif melalui analisis Laporan Kemajuan NACP serta temu bual mendalam dengan 26 orang individu yang terlibat secara langsung dengan pengurusan perolehan. Sehingga penghujung tahun 2022, ketiga-tiga inisiatif berkenaan telah selesai pada peringkat output tetapi penilaian lanjut masih perlu dilakukan bagi menilai impak dan keberhasilannya. Terdapat beberapa isu dalam pelaksanaan strategi ini. Antaranya penyelarasan antara agensi, penyertaan aktif antara semua pihak, kecukupan sumber dan peruntukan serta kepimpinan organisasi. Berdasarkan penemuan yang dinyatakan, pemegang taruh disarankan agar mengambil bahagian secara aktif dalam memantau dan menilai prestasi setiap inisiatif yang terlibat dan menggabung jalin peranan semua pihak yang berkepentingan agar sama-sama menjayakan inisiatif ini dengan menterjemahkannya melalui tindakan yang berkesan dan tersusun pada semua peringkat.
Zitieren
APA
Azizan, M. F., Daud, S., & Hamil, J. (2026). Pengukuhan Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan Melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019–2023. Kajian Malaysia, 44(2), 155-182. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.8
Vancouver
Azizan MF, Daud S, Hamil J. Pengukuhan Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan Melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019–2023. Kajian Malaysia. 2026;44(2):155-182. doi:10.21315/km2026.44.2.8
BibTeX
@article{Azizan2026,
author = {Azizan, Muhammad Firdaus and Daud, Sity and Hamil, Jamaie},
title = {Pengukuhan Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan Melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019–2023},
journal = {Kajian Malaysia},
year = {2026},
volume = {44},
number = {2},
pages = {155--182},
doi = {10.21315/km2026.44.2.8}
}
EUVIMED