Pengurusan Strategik Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 08.09.2026 · 11 (9) · e004198
DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4198 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 08.09.2026. Verfasst von Nik Khusairie Bin Jaafar.
Abstract (Originalsprache)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan entiti strategik dalam menyokong agenda pembangunan Malaysia. Kedudukan ini menjadikan GLC unik kerana perlu mengimbangi matlamat komersial, kepentingan awam dan akauntabiliti kerajaan. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan prestasi GLC, namun aspek pengurusan strategik dalam konteks GLC di Malaysia, masih belum dihuraikan secara menyeluruh. Perbincangan mengenai pengurusan strategik GLC juga masih bersifat terpisah dan kurang bersepadu, khususnya dalam menjelaskan bagaimana GLC membentuk, melaksanakan dan menyesuaikan strategi bagi mencapai prestasi organisasi yang mampan serta memenuhi tanggungjawab kepada pihak berkepentingan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang penyelidikan berkaitan pengurusan strategik dalam GLC di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi tinjauan literatur berdasarkan lima (5) langkah pelaksanaan, iaitu penentuan skop, perancangan, pengenalpastian, penyaringan dan pelaporan. Sebanyak dua belas (12) kata kunci pencarian telah ditetapkan bagi tujuan kajian ini. Maklumat bagi tinjauan literatur diperoleh daripada tiga (3) pangkalan data, iaitu Scopus, Google Scholar dan ScienceDirect. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kekurangan kajian yang ketara berkaitan pengurusan strategik dalam GLC di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar topik pengurusan strategik dalam GLC di Malaysia diterokai dengan lebih mendalam oleh penyelidik tempatan.
Zitieren
APA
Jaafar, N. K. B. (2026). Pengurusan Strategik Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004198. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4198
Vancouver
Jaafar NKB. Pengurusan Strategik Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004198. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4198
BibTeX
@article{Jaafar2026,
author = {Jaafar, Nik Khusairie Bin},
title = {Pengurusan Strategik Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia: Mengenal Pasti Jurang Penyelidikan Melalui Tinjauan Literatur},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {9},
pages = {e004198},
doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4198}
}
EUVIMED