Analisis Kuasa Dalam Teks Ucapan Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030
Jurnal Wacana Sarjana · 13.11.2026 · 10 (3) · 75-88
DOI: 10.17576/jws.v10i3.752 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Wacana Sarjana, online erschienen am 13.11.2026. Verfasst von Nur Aina Shafiqah Shahimi und 3 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang berperanan sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan medium komunikasi dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begitu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) masih memerlukan usaha pemerkasaan yang berterusan. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa dalam ucapan pemimpin dilihat penting kerana bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat, malah turut menjadi alat kuasa yang mampu mempengaruhi khalayak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan modaliti perintah berunsurkan kuasa serta menjelaskan modaliti perintah yang digunakan dalam teks ucapan untuk mencerminkan hubungan kuasa antara Menteri Pendidikan Tinggi dengan warga IPTA. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis kandungan terhadap Teks Ucapan Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023–2030. Analisis data dijalankan berpandukan kerangka Analisis Wacana Kritis Norman Fairclough dengan memfokuskan aspek modaliti perintah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat jenis modaliti perintah yang digunakan, iaitu “mesti”, “harus”, “boleh” dan “perlu”. Modaliti mesti dan harus merupakan modaliti yang paling dominan digunakan dengan kekerapan masing-masing sebanyak sembilan kali, manakala boleh dan perlu masing-masing digunakan sebanyak dua kali. Kesimpulannya, penggunaan modaliti perintah dalam teks ucapan ini memperlihatkan hubungan kuasa antara Menteri Pendidikan Tinggi dengan warga IPTA melalui penggunaan bahasa yang bersifat obligasi, kewajipan dan ketegasan. Penggunaan modaliti tersebut membuktikan bahawa bahasa dalam ucapan rasmi bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah berfungsi sebagai alat pengaruh dan kuasa dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA. Kata kunci: Analisis Wacana Kritis, modaliti perintah, kuasa, Bahasa Melayu, IPTA. ABSTRACT The Malay language serves as the national and official language as well as a language of knowledge in Malaysia. However, continuous efforts are required to strengthen its position in Public Higher Education Institutions (IPTAs). In this context, language use in leaders’ speeches is important because language functions not only as a medium of communication but also as a tool of power that can influence audiences. Therefore, this study aims to identify the use of power-oriented directive modalities and explain how directive modalities reflect the power relationship between the Minister of Higher Education and university students. This study adopts a qualitative approach through library research and content analysis of the Speech for the Launch of the Action Plan for Elevating the Malay Language as a Language of Knowledge in Public Higher Education Institutions (IPTAs) 2023–2030. Data were analysed using Norman Fairclough’s Critical Discourse Analysis framework, focusing on directive modality. The findings reveal four directive modalities, namely “mesti”, “harus”, “boleh”, and “perlu”. The modalities “mesti” and “harus” are the most dominant, with nine occurrences each, while “boleh” and “perlu” occur twice each. In conclusion, the use of directive modality in the speech reflects the power relationship between the Minister of Higher Education and members of IPTAs through language characterised by obligation, authority, and firmness. These findings demonstrate that language in official speeches functions as a tool of influence and power in efforts to elevate the Malay language as a language of knowledge in IPTAs. Keywords: Critical Discourse Analysis, directive modality, power relations, Malay Language, IPTAs
Zitieren
APA
Shahimi, N. A. S., Mokhlis, N. D. A., Nizam, N. B. M., & Kasim, M. R. (2026). Analisis Kuasa Dalam Teks Ucapan Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030. Jurnal Wacana Sarjana, 10(3), 75-88. https://doi.org/10.17576/jws.v10i3.752
Vancouver
Shahimi NAS, Mokhlis NDA, Nizam NBM, Kasim MR. Analisis Kuasa Dalam Teks Ucapan Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030. Jurnal Wacana Sarjana. 2026;10(3):75-88. doi:10.17576/jws.v10i3.752
BibTeX
@article{Shahimi2026,
author = {Shahimi, Nur Aina Shafiqah and Mokhlis, Nur Dania Asyiqin and Nizam, Nur Batrisyia Mohd and Kasim, Mohamad Rozi},
title = {Analisis Kuasa Dalam Teks Ucapan Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030},
journal = {Jurnal Wacana Sarjana},
year = {2026},
volume = {10},
number = {3},
pages = {75--88},
doi = {10.17576/jws.v10i3.752}
}
EUVIMED