ANALISIS PRAGMATIK LAKUAN BAHASA DALAM PERBICARAAN JENAYAH
Quantum Journal of Social Sciences and Humanities · 31.10.2026 · 7 (5) · 498-508
DOI: 10.55197/qjssh.v7i5.1436 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von NOR ADWA ISRAQ NOR AZMAN und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini menganalisis penggunaan lakuan bahasa dalam alasan penghakiman kes jenayah di Malaysia berdasarkan Teori Lakuan Bahasa Searle. Alasan penghakiman merupakan dokumen rasmi kehakiman yang penting, namun analisis dari sudut pragmatik dan linguistik forensik terhadap dokumen sedemikian masih terhad di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan bahasa dan menjelaskan fungsi komunikasinya dalam membina hujah serta keputusan perundangan. Pendekatan kualitatif interpretatif melalui kaedah analisis dokumen telah digunakan untuk meneliti teks alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal dan rakan-rakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelima-lima kategori lakuan bahasa iaitu asertif, arahan, komisif, ekspresif, dan deklaratif digunakan secara sistematik dan berstruktur dalam dokumen tersebut. Lakuan asertif dominan dalam mengabsahkan fakta kes, manakala lakuan arahan dan komisif berfungsi membuktikan elemen persubahatan serta niat bersama para pelaku. Seterusnya, lakuan ekspresif digunakan untuk menyampaikan penilaian nilai mahkamah terhadap kesalahan, dan lakuan deklaratif bertindak sebagai instrumen mutlak yang menetapkan status sabitan serta hukuman penjara lapan belas tahun terhadap para perayu. Kesimpulannya, ketepatan penggunaan lakuan bahasa oleh hakim adalah sangat kritikal dalam menghasilkan keputusan mahkamah yang sah dari sudut perundangan dan diterima oleh masyarakat. Kajian ini memberi sumbangan kepada bidang linguistik forensik dan boleh dijadikan rujukan akademik bagi memahami fungsi komunikasi dalam wacana undang-undang di Malaysia. This study analyzes the use of speech acts in the written judgments of criminal cases in Malaysia, based on Searle’s Speech Act Theory. Written judgments are crucial official judicial documents; however, analyses of such documents from pragmatic and forensic linguistic perspectives remain limited in Malaysia. This study aims to identify the types of speech acts present and explain their communicative functions in constructing legal arguments and decisions. An interpretive qualitative approach, utilizing document analysis, was employed to examine the Federal Court’s written judgment regarding the case of Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal and others. The findings reveal that all five categories of speech acts: assertives, directives, commissives, expressives, and declaratives; are employed systematically and structurally within the document. Assertives predominate in establishing the facts of the case, while directives and commissives serve to prove elements of abetment and the perpetrators' common intention. Furthermore, expressives are used to convey the court's value judgment regarding the offense, and declaratives act as the definitive instrument establishing the conviction status and the eighteen-year prison sentence imposed on the appellants. In conclusion, the precise use of speech acts by judges is critical in producing court decisions that are legally valid and socially accepted. This study contributes to the field of forensic linguistics and serves as an academic reference for understanding communicative functions within legal discourse in Malaysia.
Zitieren
APA
AZMAN, N. A. I. N., PELET, M. N. M., & SALLEH, N. S. (2026). ANALISIS PRAGMATIK LAKUAN BAHASA DALAM PERBICARAAN JENAYAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(5), 498-508. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i5.1436
Vancouver
AZMAN NAIN, PELET MNM, SALLEH NS. ANALISIS PRAGMATIK LAKUAN BAHASA DALAM PERBICARAAN JENAYAH. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;7(5):498-508. doi:10.55197/qjssh.v7i5.1436
BibTeX
@article{AZMAN2026,
author = {AZMAN, NOR ADWA ISRAQ NOR and PELET, MOHAMAD NIK MAT and SALLEH, NOOR SAADAH},
title = {ANALISIS PRAGMATIK LAKUAN BAHASA DALAM PERBICARAAN JENAYAH},
journal = {Quantum Journal of Social Sciences and Humanities},
year = {2026},
volume = {7},
number = {5},
pages = {498--508},
doi = {10.55197/qjssh.v7i5.1436}
}
EUVIMED