EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Penggunaan Anjing Pengesan (K-9) dalam Siasatan Jenayah di Malaysia: Satu Analisis Perundangan

Kevin Brendan Kung, Ramalinggam Rajamanickam, Muhamed Helmi Md Said

Kajian Malaysia · 30.10.2026 · 44 (2) · 137-154

DOI: 10.21315/km2026.44.2.7 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Kajian Malaysia, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Kevin Brendan Kung und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Dalam meniti arus kemodenan, jenayah yang dilaporkan dalam negara sering terkait dengan gelombang kebingungan dan kekecewaan awam yang membelenggu fikiran orang ramai dengan rentetan ketakutan seperti ketakutan terhadap keselamatan diri, keselamatan orang tersayang dan harta mereka. Jenayah seperti gengsterisme, bunuh, rogol, penyalahgunaan dadah dan sebagainya kerap mengisi media massa. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara ini, pelbagai mekanisme telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, salah satunya ialah penggunaan anjing pengesan. Haiwan ini sangat terlatih untuk mengesan suspek dan dadah, keterangan, mayat, senjata api serta bahan letupan. Tidak dapat dinafikan bahawa anjing pengesan merupakan satu aset yang sangat berharga kepada pihak berkuasa pada hari ini. Artikel ini akan membincangkan sebab-sebab anjing pengesan digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan kes jenayah berbanding dengan kaedah lain. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan sumber primer seperti kes undang-undang serta sumber sekunder seperti buku teks, jurnal dan laporan berita. Dapatan penyelidikan ini akan menggariskan faktor yang menyebabkan pelbagai agensi penguat kuasa telah dan masih menggunakan anjing pengesan iaitu kebolehan anjing pengesan untuk mengesan dan menjejak dengan baik, mempunyai deria bau yang tajam, berkos efektif dan mengurangkan risiko kepada pegawai-pegawai apabila digunakan dalam pencarian berbahaya. Tambahan lagi, penyelidikan ini juga akan menganalisis kebolehterimaan keterangan anjing pengesan oleh mahkamah di Malaysia.

Zitieren

APA

Kung, K. B., Rajamanickam, R., & Said, M. H. M. (2026). Penggunaan Anjing Pengesan (K-9) dalam Siasatan Jenayah di Malaysia: Satu Analisis Perundangan. Kajian Malaysia, 44(2), 137-154. https://doi.org/10.21315/km2026.44.2.7

Vancouver

Kung KB, Rajamanickam R, Said MHM. Penggunaan Anjing Pengesan (K-9) dalam Siasatan Jenayah di Malaysia: Satu Analisis Perundangan. Kajian Malaysia. 2026;44(2):137-154. doi:10.21315/km2026.44.2.7

BibTeX
@article{Kung2026,
  author = {Kung, Kevin Brendan and Rajamanickam, Ramalinggam and Said, Muhamed Helmi Md},
  title = {Penggunaan Anjing Pengesan (K-9) dalam Siasatan Jenayah di Malaysia: Satu Analisis Perundangan},
  journal = {Kajian Malaysia},
  year = {2026},
  volume = {44},
  number = {2},
  pages = {137--154},
  doi = {10.21315/km2026.44.2.7}
}
Kostenlos starten →