Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor
QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari · 2024
DOI: 10.53840/jq.v7i2.86 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari, 2024. Verfasst von Sharifah Noorhidayah Syed Aziz und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit wurde bisher 1-mal zitiert (Crossref). Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Di Universiti Islam Selangor, syarat utama pelajar yang ingin memasuki program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Qiraat perlu menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran terlebih dahulu semasa peringkat sekolah atau peringkat Diploma. Melalui program ini, pelajar juga perlu mengulang semula hafazan al-Quran dari awal juzuk dan perlu menghadiri kelas tasmik tiga kali seminggu seperti yang telah dijadualkan. Setiap pelajar perlu menghabiskan sukatan hafazan lima juzuk setiap semester. Namun, menjadi permasalahan apabila kebanyakan pelajar tidak dapat menghabiskan sukatan lima juzuk tersebut. Hasil pemerhatian, kebanyakan pelajar mempunyai pelbagai cabaran dalam menghabiskan sukatan hafazan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menghabiskan sukatan hafazan setiap semester. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai 12 orang mahasiswa dipilih sebagai peserta kajian yang terdiri dari pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang. Instrumen temubual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat menamatkan sukatan hafazan disebabkan faktor cabaran diri sendiri, pengurusan masa, kurang motivasi, dan terpengaruh dengan rakan-rakan. Diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai hafazan dan menamatkan pengajian dengan lebih baik dan cemerlang.
Zitieren
APA
Aziz, S. N. S., Baharudin, L., & Suhaimi, M. S. (2024). Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor. QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari. https://doi.org/10.53840/jq.v7i2.86
Vancouver
Aziz SNS, Baharudin L, Suhaimi MS. Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor. QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari. 2024. doi:10.53840/jq.v7i2.86
BibTeX
@article{Aziz2024,
author = {Aziz, Sharifah Noorhidayah Syed and Baharudin, Lissailin and Suhaimi, Mohamad Syahmi},
title = {Cabaran Pelajar Tahfiz dalam menamatkan hafazan 30 juzuk: Kajian Kes di Universiti Islam Selangor},
journal = {QIRAAT Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari},
year = {2024},
doi = {10.53840/jq.v7i2.86}
}
EUVIMED