EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis

Ikram Khalil, Faisal Ahmad Shah

HADIS · 2020

DOI: 10.53840/hadis.v10i20.117 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift HADIS, 2020. Verfasst von Ikram Khalil und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Mutakhir ini terdapat banyak perbincangan yang diutarakan tentang hadis-hadis fitan. Perbahasan tentang fitnah Dajal, Yakjuj dan Makjuj serta tanda-tanda kiamat yang lain bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. Namun dalam keghairahan membicarakan tentang hadis-hadis fitan terdapat sebilangan penulis yang kurang teliti sehingga mengabaikan metode memahami hadis yang telah di gariskan oleh ulama. Pengabaian kepada metode ini menimbulkan salah faham dan kesilapan dalam memahami hadis. Artikel ini membincangkan mengenai pemikiran Imran N. Hosein tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Di dalam karya An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World Imran N. Hosein berpendapat Yakjuj dan Makjuj telah keluar sejak ribuan tahun dahulu. Berdasarkan hakikat tersebut, adalah satu perkara yang penting untuk diteroka tentang pemikiran beliau yang disifatkan sebagai menongkah arus pemikiran para sarjana hadis muktabar. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan pemikiran Imran N. Hosein tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj. Selain itu kajian juga bertujuan mengenal pasti faktor berlakunya kesilapan dalam memahami hadis berkaitan Yakjuj dan Makjuj. Dalam menghasilkan kajian ini penulis menggunakan metode dokumentasi yang merujuk sepenuhnya kepada kitab-kitab syarah hadis, tesis, disertasi, jurnal, laman sesawang dan buku-buku rujukan yang berkaitan. Dapatan kajian merumuskan Imran N. Hosein berpandangan pelepasan Yakjuj dan Makjuj bermula pada ketika hayat Rasulullah SAW lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Kajian juga mendapati berlakunya kekeliruan dan salah faham tentang kemunculan Yakjuj dan Makjuj berpunca daripada pengabaian metode memahami hadis yang telah digariskan ulama. Kajian ini memberi implikasi bahawa pemikiran Imran N. Hosein tentang keluarnya Yakjuj dan Makjuj tidak selaras dengan pandangan majoriti ulama hadis. Selain itu implikasi kajian ini telah merumuskan bahawa keperluan mematuhi metode yang telah digariskan oleh ulama bagi mengelakkan kesilapan dalam memahami hadis berkaitan Yakjuj dan Makjuj.

Zitieren

APA

Khalil, I., & Shah, F. A. (2020). Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis. HADIS. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i20.117

Vancouver

Khalil I, Shah FA. Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis. HADIS. 2020. doi:10.53840/hadis.v10i20.117

BibTeX
@article{Khalil2020,
  author = {Khalil, Ikram and Shah, Faisal Ahmad},
  title = {Pemikiran Imran N. Hosein tentang Yakjuj dan Makjuj di dalam "An Islamic View Of Gog And Magog In The Modern World" menurut perspektif Hadis},
  journal = {HADIS},
  year = {2020},
  doi = {10.53840/hadis.v10i20.117}
}
Kostenlos starten →