Hadis-hadis Popular Menyokong Ajaran Waḥdah al-Wujūd Menurut Perspektif Ahli Sufi
HADIS · 30.06.2026 · 16 (1) · 84-94
DOI: 10.53840/hadis.v16i1.341 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift HADIS, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Mohd Zulfakar Mat Jusoh und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini meneliti peranan hadis sebagai sumber utama yang digunakan oleh tokoh-tokoh sufi dalam menyokong ajaran waḥdat al-wujūd. Kajian ini memfokuskan beberapa hadis yang menjadi rujukan penting aliran sufi, seperti hadis “kuntu kanzan makhfiyyan”, hadis qurb al-nawāfil, hadis tentang sifat al-Awwal, al-Akhir, al-Ẓāhir dan al-Bāṭin, serta syair Labīd yang diiktiraf Nabi SAW. Melalui analisis tekstual dan pendekatan kualitatif-deskriptif, kajian ini meneliti karya-karya tokoh sufi seperti Ibn ‘Arabī, al-Sha‘rānī, al-Nābulsī dan Syamsuddin al-Sumatrani untuk memahami bagaimana mereka mentafsirkan hadis-hadis tersebut melalui kerangka metafizik dan epistemologi tasawuf. Hasil kajian menunjukkan bahawa golongan sufi menafsirkan hadis-hadis ini melalui konsep penzahiran sifat Ilahi (tajallī) dan ketunggalan wujud, serta melihat kewujudan makhluk sebagai manifestasi makrifat terhadap zat Allah SWT. Walau bagaimanapun, metodologi pentafsiran ini menimbulkan polemik dalam kalangan sarjana arus perdana yang mempertikaikan status beberapa hadis serta kesahihan hujah ontologinya. Kajian ini merumuskan bahawa pemahaman hadis dalam konteks waḥdat al-wujūd hanya dapat difahami secara tepat melalui pendekatan hermeneutik sufi yang menekankan pengalaman kerohanian, simbolisme metafizik dan makna batin teks.
Zitieren
APA
Jusoh, M. Z. M., Sa'ari, C. Z., Abidin, A. Z., & Yusuf, M. H. M. (2026). Hadis-hadis Popular Menyokong Ajaran Waḥdah al-Wujūd Menurut Perspektif Ahli Sufi. HADIS, 16(1), 84-94. https://doi.org/10.53840/hadis.v16i1.341
Vancouver
Jusoh MZM, Sa'ari CZ, Abidin AZ, Yusuf MHM. Hadis-hadis Popular Menyokong Ajaran Waḥdah al-Wujūd Menurut Perspektif Ahli Sufi. HADIS. 2026;16(1):84-94. doi:10.53840/hadis.v16i1.341
BibTeX
@article{Jusoh2026,
author = {Jusoh, Mohd Zulfakar Mat and Sa'ari, Che Zarrina and Abidin, Azmil Zainal and Yusuf, Mohamad Hasmimie Mohd},
title = {Hadis-hadis Popular Menyokong Ajaran Waḥdah al-Wujūd Menurut Perspektif Ahli Sufi},
journal = {HADIS},
year = {2026},
volume = {16},
number = {1},
pages = {84--94},
doi = {10.53840/hadis.v16i1.341}
}
EUVIMED