Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal
HADIS · 2020
DOI: 10.53840/hadis.v10i20.102 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift HADIS, 2020. Verfasst von Ahmad Zulkifli bin Yusof und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini secara umumnya mengkaji metodologi ulama hadis mutaqaddimīn dalam penerimaan hadis tafarrud. Dalam hal ini, kajian ditumpukan kepada Aḥmad ibn Ḥanbal. Menurut Ibn Rajab al-Ḥanbalī, Aḥmad dan kebanyakan ulama mutaqaddimīn menjadikan tafarrud sebagai tanda kewujudan ʿIllah padanya. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan tiga aspek utama, iaitu konsep tafarrud menurut ahli hadis, ketokohan Aḥmad ibn Ḥanbal dalam ilmu hadis serta menganalisis metodologi beliau dalam penerimaan hadis tafarrud. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dijalankan dengan menggunakan metod kajian kepustakaan. Data kajian diambil daripada kitab al-Muntakhab Min al-ʿIlal Li al-Khallāl yang mengumpulkan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal. Data tersebut seterusnya dianalisis secara induktif untuk mengeluarkan metodologi yang diamalkan oleh Aḥmad ibn Ḥanbal dalam penerimaan hadis tafarrud. Hasil kajian mendapati Aḥmad ibn Ḥanbal tidak menerima hadis tafarrud secara pukul rata. Sebaliknya, beliau mengesahkannya dengan penuh kehati-hatian berdasarkan kewujudan qarā’in yang terdapat pada hadis.
Zitieren
APA
Yusof, A. Z. B., & Noor, U. M. (2020). Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal. HADIS. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i20.102
Vancouver
Yusof AZB, Noor UM. Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal. HADIS. 2020. doi:10.53840/hadis.v10i20.102
BibTeX
@article{Yusof2020,
author = {Yusof, Ahmad Zulkifli bin and Noor, Umar Muhammad},
title = {Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal},
journal = {HADIS},
year = {2020},
doi = {10.53840/hadis.v10i20.102}
}
EUVIMED