Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Jurnal Pemikir Pendidikan · 31.12.2017 · 8 (1) · 134-146
DOI: 10.51200/jpp.v8i1.8253 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pemikir Pendidikan, online erschienen am 31.12.2017. Verfasst von Nur Nadiah Lani und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajaran mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar selari dengan keperluan pelajar pintar dan berbakat. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan dalam subjek Matematik. Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang pelajar pintar dan berbakat yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Program pemecutan yang dilaksanakan adalah kemasukan awal ke sekolah dan melangkau kelas grade acceleration). Pelajar pecutan dan bukan pecutan dikumpulkan di dalam kelas yang sama tanpa pengasingan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data diperoleh daripada keputusan peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar setiap tiga bulan sekali. Data mentah dianalisis dengan membuat perbandingan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil analisis menunjukkan pada peringkat awal, purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih rendah berbanding pelajar bukan pecutan. 'Bridging program' dilaksanakan untuk membantu pelajar pecutan untuk menguasai topik-topik asas dalam Matematik. Hasil pelaksanaan program tersebut, didapati purata markah bagi pelajar pecutan adalah lebih tinggi berbanding pelajar bukan pecutan dalam peperiksaan seterusnya. Beberapa implikasi kaedah pemecutan terhadap pelajar pintar dan berbakat juga akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Acceleration is one of the methods used in the teaching and learning process for gifted and talented students. This method emphasises instruction according to students’ abilities and capabilities, in line with the needs of gifted and talented students. The purpose of this paper was to examine differences in Mathematics achievement between accelerated and non-accelerated students. The study involved 60 gifted and talented students aged between 15 and 17 years. The acceleration programme implemented included early entry to school and grade acceleration. Accelerated and non-accelerated students were placed in the same classes without separation during the teaching and learning process. Data were obtained from examination results conducted every three months. The raw data were analysed by comparing the results using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The analysis showed that, initially, the mean scores of accelerated students were lower than those of non-accelerated students. A bridging programme was implemented to assist accelerated students in mastering basic Mathematics topics. Following the implementation of the programme, the mean scores of accelerated students were found to be higher than those of non-accelerated students in the subsequent examination. Several implications of the acceleration method for gifted and talented students are also discussed in this paper.
Zitieren
APA
Lani, N. N., & Ishak, N. M. (2017). Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan. Jurnal Pemikir Pendidikan, 8(1), 134-146. https://doi.org/10.51200/jpp.v8i1.8253
Vancouver
Lani NN, Ishak NM. Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan. Jurnal Pemikir Pendidikan. 2017;8(1):134-146. doi:10.51200/jpp.v8i1.8253
BibTeX
@article{Lani2017,
author = {Lani, Nur Nadiah and Ishak, Noriah Mohd},
title = {Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan},
journal = {Jurnal Pemikir Pendidikan},
year = {2017},
volume = {8},
number = {1},
pages = {134--146},
doi = {10.51200/jpp.v8i1.8253}
}
EUVIMED