Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans
Jurnal Pemikir Pendidikan · 31.12.2016 · 7 (1) · 101-112
DOI: 10.51200/jpp.v7i1.8238 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pemikir Pendidikan, online erschienen am 31.12.2016. Verfasst von Mohd Aris Anis und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna lateral dalam sesebuah ujaran. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur dalam kesantunan berbahasa berdasarkan ujaran yang terdapat dalam teks klasik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan data korpus. Data diperoleh daripada teks klasik Sulalatus Salatin yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami implikatur yang terdapat dalam ujaran yang bersantun. Teori Relevans yang diaplikasikan dalam kajian ini membuktikan bahawa ujaran yang bermenifestası sangat penting bagi mengelakkan salah faham dalam mendapatkan makna sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur dalam ujaran sangat berkesan dalam melahirkan ujaran yang menunjukkan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana dalam menyampaikan ujaran penggunaan implikatur dapat menjadikan sesuatu ujaran itu lebih berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kesimpulannya, penggunaan implikatur dalam ujaran memberi kesan optima kepada kesantunan berbahasa dan seterusnya mampu mengelakkan seseorang itu dianggap sombong, ego, tidak berbudaya dan tidak beradat. Implicature is defined as a form of meaning interpretation that extends beyond the literal meaning of an utterance. The use of implicature in communication aims to convey the speaker’s intentions to the listener through expressions that differ from their actual meaning. This study aimed to explain the use of implicature in language politeness based on utterances found in classical texts. The study employed a qualitative method using corpus data. The data were obtained from the classical text Sulalatus Salatin, edited by A. Samad Ahmad, and were analysed using Relevance Theory. Relevance Theory, which integrates communication and cognition, is appropriate for understanding implicatures found in polite utterances. The application of Relevance Theory in this study demonstrated that manifest utterances are important in avoiding misunderstanding when determining the intended meaning. The findings showed that the use of implicature in utterances is highly effective in producing expressions that demonstrate language politeness. This is because the use of implicature can make an utterance more courteous and prevent it from offending others. In conclusion, the use of implicature in utterances has an optimal effect on language politeness and can prevent a person from being perceived as arrogant, egotistical, uncultured, or discourteous.
Zitieren
APA
Anis, M. A., & Esa, A. (2016). Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7(1), 101-112. https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8238
Vancouver
Anis MA, Esa A. Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans. Jurnal Pemikir Pendidikan. 2016;7(1):101-112. doi:10.51200/jpp.v7i1.8238
BibTeX
@article{Anis2016,
author = {Anis, Mohd Aris and Esa, Ahmad},
title = {Implikatur dalam kesantunan berbahasa: Analisis teori relevans},
journal = {Jurnal Pemikir Pendidikan},
year = {2016},
volume = {7},
number = {1},
pages = {101--112},
doi = {10.51200/jpp.v7i1.8238}
}
EUVIMED