Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia
Jurnal Pemikir Pendidikan · 31.12.2016 · 7 (1) · 73-88
DOI: 10.51200/jpp.v7i1.8235 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pemikir Pendidikan, online erschienen am 31.12.2016. Verfasst von Chew Eng Sun und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk "pengintegrasian" (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad. Awareness of the importance of creative thinking in the Malaysian school curriculum has existed since 1983, beginning with the New Primary School Curriculum (KBSR) and continuing in the early 1990s with the Integrated Curriculum, in which creative thinking was incorporated as one of the components of Critical and Creative Thinking Skills (KBKK). Currently, creative thinking continues to be integrated into the Standard Primary School Curriculum (KSSR) and Higher-Order Thinking Skills (HOTS) in secondary education. This study aimed to examine patterns and trends in research on creativity or creative thinking accessible through the electronic database of the Documentation Centre of the Educational Policy Planning and Research Division (BPPDP) within the Ministry of Education Malaysia. A historical research method involving an analysis of thesis titles and documents (theses) from 1979 to July 2015 was employed, and descriptive statistics were used to describe the patterns and trends. Of the 278 higher education theses analysed, only 65 were postgraduate theses, comprising 51 (18.4%) master’s theses and 14 (5.0%) doctoral theses. KBKK was the most commonly selected general theme at the master’s level, whereas creativity or creative thinking was the most preferred general theme among doctoral researchers. Students (31 studies) and teachers (22 studies) were the most frequently studied respondent categories, while other respondent groups such as trainee teachers, administrators, and other groups were not significant in number. Overall, the findings showed that the number of doctoral theses on creativity or creative thinking, whether in an integrated form (KBKK/HOTS) or as a standalone area, was very limited.
Zitieren
APA
Sun, C. E., & Madar, A. R. (2016). Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7(1), 73-88. https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8235
Vancouver
Sun CE, Madar AR. Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan. 2016;7(1):73-88. doi:10.51200/jpp.v7i1.8235
BibTeX
@article{Sun2016,
author = {Sun, Chew Eng and Madar, Ahmad Rizal},
title = {Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia},
journal = {Jurnal Pemikir Pendidikan},
year = {2016},
volume = {7},
number = {1},
pages = {73--88},
doi = {10.51200/jpp.v7i1.8235}
}
EUVIMED