EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC-SA 4.0

Penggunaan multimedia dalam pendidikan Sejarah pada abad ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar Sejarah

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Nur Syazwani Abdul Talib

Jurnal Pemikir Pendidikan · 31.12.2016 · 7 (1) · 44-56

DOI: 10.51200/jpp.v7i1.8233 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pemikir Pendidikan, online erschienen am 31.12.2016. Verfasst von Mohd Mahzan Awang und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Namun, kajian lampau mendapati mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran kurang diminati pelajar kerana cara penyampaian yang berbentuk tradisional dan tidak menarik perhatian pelajar. Dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diusulkan oleh pakar pendidikan alaf baru. la meliputi penggunaan kepelbagaian teknologi termasuklah penggunaan multimedia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan salah satu daripada ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan multimedia dalam mata pelajaran Sejarah dan sejauh mana ia mempengaruhi minat belajar sejarah. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar Tingkatan Empat di Sarawak dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian rintis untuk kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas 30 orang pelajar dan nilai alfa yang diperoleh adalah melebihi 0.6 yang boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 20.0 untuk mendapatkan nilai korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan sumber, kepelbagaian penggunaan sumber, dan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah manakala kreativiti guru dalam penggunaan sumber adalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat pelajar. Kajian ini memberi implikasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran Sejarah berbantukan teknologi terkini. Oleh kerana para guru masih menggunakan teknologi yang asas dalam pengajaran seperti Powerpoint dan Youtube, kreativiti mereka masih menjadi tanda tanya. Justeru, penggunaan aplikasi berguna seperti Classdojo, Creative Writing Prompts, Subtext, dan Trello amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Beginning in 2013, History became a compulsory subject for the Malaysian Certificate of Education (SPM) to foster patriotism among students. However, previous studies have found that History is a less popular subject among students because of traditional teaching methods that fail to attract their attention. Therefore, 21st-century teaching and learning methods have been proposed by education experts, including the use of various technologies such as multimedia. This study aimed to identify the use of one of the characteristics of 21st-century learning, namely the use of multimedia in History education, and to determine the extent to which it influences students interest in learning History. The study involved 120 Form Four students in Sarawak and used a questionnaire as the research instrument. A pilot study was conducted among 30 students to determine the validity and reliability of the instrument, and the Cronbach’s alpha value obtained was above 0.6, indicating that the instrument was suitable for the actual study. Data were analysed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 20.0 to obtain Pearson correlation values. The findings showed a significant relationship between the frequency of resource use, diversity of resource use, and the use of resources in teaching and learning and students’ interest in History. However, teachers’ creativity in using resources did not show a significant relationship with students’ interest. This study has implications for technology-assisted History teaching and learning practices. As teachers still use basic technologies such as PowerPoint and YouTube in teaching, their creativity remains questionable. Therefore, the use of useful applications such as ClassDojo, Creative Writing Prompts, Subtext, and Trello is highly recommended in History teaching and learning.

Zitieren

APA

Awang, M. M., Ahmad, A. R., & Talib, N. S. A. (2016). Penggunaan multimedia dalam pendidikan Sejarah pada abad ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7(1), 44-56. https://doi.org/10.51200/jpp.v7i1.8233

Vancouver

Awang MM, Ahmad AR, Talib NSA. Penggunaan multimedia dalam pendidikan Sejarah pada abad ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 2016;7(1):44-56. doi:10.51200/jpp.v7i1.8233

BibTeX
@article{Awang2016,
  author = {Awang, Mohd Mahzan and Ahmad, Abdul Razaq and Talib, Nur Syazwani Abdul},
  title = {Penggunaan multimedia dalam pendidikan Sejarah pada abad ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar Sejarah},
  journal = {Jurnal Pemikir Pendidikan},
  year = {2016},
  volume = {7},
  number = {1},
  pages = {44--56},
  doi = {10.51200/jpp.v7i1.8233}
}
Kostenlos starten →