EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

Revadhi Shumugam, Mohd Mahzan Awang

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 28.02.2026 · 11 (2) · e003793

DOI: 10.47405/mjssh.v11i2.3793 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 28.02.2026. Verfasst von Revadhi Shumugam und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid sekolah menengah. Media digital sebagai medium pembelajaran kontemporari yang digemari generasi Z dan Alpha, berpotensi dimanfaatkan secara strategik bagi memperkukuh penguasaan KPS. Mata pelajaran Sejarah tidak dapat dipisahkan daripada KPS kerana elemen-elemen KPS membina kefahaman mendalam serta memupuk pemikiran kritis murid. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan media digital dalam pembelajaran Sejarah dengan penguasaan KPS. Kajian ini menilai penggunaan media digital berdasarkan kekerapan serta penguasaan KPS berdasarkan persepsi murid dengan melibatkan semua peringkat pendidikan menengah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan korelasi ini melibatkan 361 murid dari Tingkatan 1 hingga 5 di daerah Petaling Perdana, dengan data dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media digital dan tahap penguasaan KPS adalah pada tahap sederhana, namun hubungan antara kedua-duanya adalah signifikan dan kuat. Tahap penggunaan penggunaan media digital yang sederhana menunjukkan integrasi teknologi digital dalam pembelajaran Sejarah masih belum diamalkan secara berterusan dan sistematik walaupun kemudahan peranti dan akses terhadap internet tinggi bagi responden kajian ini. Pengintegrasian media digital secara berkesan dalam pengajaran Sejarah yang berpotensi meningkatkan penguasaan KPS serta memperkukuh pemahaman Sejarah secara kritis dan holistik memerlukan perancangan pedagogi yang sistematik bagi guru-guru Sejarah.

Zitieren

APA

Shumugam, R., & Awang, M. M. (2026). Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(2), e003793. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i2.3793

Vancouver

Shumugam R, Awang MM. Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(2):e003793. doi:10.47405/mjssh.v11i2.3793

BibTeX
@article{Shumugam2026,
  author = {Shumugam, Revadhi and Awang, Mohd Mahzan},
  title = {Penggunaan Media Digital dalam Pembelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {2},
  pages = {e003793},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i2.3793}
}
Kostenlos starten →