EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

TRANSFORMASI SOSIAL DAN PEMELIHARAAN BUDAYA MASYARAKAT LUN BAWANG DI LAWAS, SARAWAK, 1928-2024

Clarissa Ruth Ringib, Bilcher Bala

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 04.11.2026 · 11 (1) · 297-314

DOI: 10.51200/jba.v11i1.8588 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), online erschienen am 04.11.2026. Verfasst von Clarissa Ruth Ringib und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Artikel ini membincangkan transformasi sosial dan usaha pemeliharaan budaya masyarakat Lun Bawang di Lawas, Sarawak antara tahun 1928-2024. Kajian bertujuan menjelaskan sistem sosial masyarakat Lun Bawang sebelum kedatangan mubaligh Kristian, menganalisis perubahan yang berlaku selepas perkembangan agama Kristian, serta menilai usaha pemeliharaan sistem sosial dan cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan identiti budaya masyarakat tersebut. Kajian menggunakan pendekatan sejarah secara kualitatif melalui penyelidikan kepustakaan dan analisis sumber sekunder yang terdiri daripada buku, artikel jurnal, majalah, surat khabar serta bahan dalam talian berkaitan masyarakat Lun Bawang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kehidupan tradisional Lun Bawang dibentuk oleh stratifikasi sosial yang membezakan Lun Mebala, Lun Tap-tap dan Lun Dat, di samping sistem kepercayaan, ekonomi pertanian, adat serta struktur kepimpinan komuniti. Perkembangan Kristian kemudiannya membawa perubahan terhadap sistem kepercayaan, pendidikan, literasi, kesihatan, mobiliti sosial dan nilai kehidupan masyarakat. Perubahan tersebut tidak menghapuskan identiti Lun Bawang secara keseluruhan, sebaliknya menghasilkan proses penyesuaian antara unsur baharu dengan adat dan warisan yang masih dipertahankan. Usaha pemeliharaan dilaksanakan melalui kegiatan kebudayaan, pendidikan komuniti, penggunaan bahasa Lun Bawang, pemeliharaan adat serta sokongan organisasi dan institusi masyarakat. Walau bagaimanapun, proses tersebut berhadapan dengan cabaran globalisasi, pemodenan, migrasi, perubahan demografi, perkahwinan campur dan kekangan ekonomi. Kajian ini berhujah bahawa sejarah sosial Lun Bawang di Lawas memperlihatkan proses transformasi yang bersifat selektif, apabila perubahan agama dan pemodenan berlaku serentak dengan usaha mengekalkan identiti, adat dan kesinambungan budaya masyarakat.

Zitieren

APA

Ringib, C. R., & Bala, B. (2026). TRANSFORMASI SOSIAL DAN PEMELIHARAAN BUDAYA MASYARAKAT LUN BAWANG DI LAWAS, SARAWAK, 1928-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 11(1), 297-314. https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8588

Vancouver

Ringib CR, Bala B. TRANSFORMASI SOSIAL DAN PEMELIHARAAN BUDAYA MASYARAKAT LUN BAWANG DI LAWAS, SARAWAK, 1928-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2026;11(1):297-314. doi:10.51200/jba.v11i1.8588

BibTeX
@article{Ringib2026,
  author = {Ringib, Clarissa Ruth and Bala, Bilcher},
  title = {TRANSFORMASI SOSIAL DAN PEMELIHARAAN BUDAYA MASYARAKAT LUN BAWANG DI LAWAS, SARAWAK, 1928-2024},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {1},
  pages = {297--314},
  doi = {10.51200/jba.v11i1.8588}
}
Kostenlos starten →