EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024

Stephaly Levong Eyommos, Bilcher Bala

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 05.11.2026 · 11 (1) · 137-160

DOI: 10.51200/jba.v11i1.8580 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), online erschienen am 05.11.2026. Verfasst von Stephaly Levong Eyommos und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Artikel ini membincangkan transformasi budaya dan kelestarian identiti masyarakat Kenyah di Belaga, Sarawak antara 1946-2024. Kajian bertujuan menjelaskan latar sejarah dan pembentukan identiti budaya Kenyah, menganalisis bentuk budaya yang menjadi asas kehidupan komuniti, serta menilai faktor yang mendorong perubahan budaya. Kajian menggunakan pendekatan sejarah sosial secara kualitatif melalui analisis sumber bertulis, pemerhatian lapangan dan keterangan informan masyarakat Kenyah. Dapatan menunjukkan bahawa identiti Kenyah dibentuk melalui hubungan antara rumah panjang, struktur kepimpinan tradisional, bahasa, adat resam dan kesenian seperti kalong, sape, Jatung Utang, Datun Julud, pakaian tradisional, tatu serta amalan berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian. Namun, budaya tersebut mengalami perubahan ketara akibat pembangunan moden, khususnya pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun dan penempatan semula ke Sungai Asap, yang mengubah pola kediaman, hubungan sosial, kepimpinan komuniti dan kegiatan ekonomi. Proses tersebut diperkuat oleh migrasi, perkahwinan campur, pendidikan formal, perkembangan ekonomi dan penerimaan agama Kristian yang mengubah sebahagian kepercayaan, ritual dan amalan tradisional. Bahasa Kenyah turut menghadapi cabaran apabila generasi muda semakin terdedah kepada bahasa Melayu, Iban dan bahasa lain melalui pendidikan serta interaksi sosial. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut tidak menghasilkan kehilangan identiti secara menyeluruh. Sebahagian unsur budaya terus dikekalkan, disesuaikan atau dipersembahkan dalam konteks baharu sebagai tanda identiti dan kesinambungan komuniti. Kajian ini berhujah bahawa transformasi budaya masyarakat Kenyah merupakan proses penyesuaian selektif yang berlaku apabila pembangunan, mobiliti dan perubahan institusi menyusun semula kehidupan komuniti, sementara unsur budaya yang masih memiliki fungsi sosial dan simbolik terus dipertahankan sebagai asas identiti Kenyah.

Zitieren

APA

Eyommos, S. L., & Bala, B. (2026). TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 11(1), 137-160. https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8580

Vancouver

Eyommos SL, Bala B. TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2026;11(1):137-160. doi:10.51200/jba.v11i1.8580

BibTeX
@article{Eyommos2026,
  author = {Eyommos, Stephaly Levong and Bala, Bilcher},
  title = {TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {1},
  pages = {137--160},
  doi = {10.51200/jba.v11i1.8580}
}
Kostenlos starten →