EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH

Fatmah Sidek, Fazli Abdul Hamid

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025

DOI: 10.51200/jba.v10i1.7195 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Fatmah Sidek und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini adalah tentang seorang tokoh Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-18 iaitu Pengiran Temanggong Abdul Momin Amirul Faza yang di akhir hayatnya telah bermastautin di pantai barat utara Borneo. Negeri Sabah merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Brunei sepanjang abad ke-18 dan ke-19. Tokoh Kesultanan Brunei yang merupakan seorang Wazir ini dikenali juga dengan gelaran Raja Tua. Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saiffudin I ke pantai barat utara Borneo pada akhir abad ke-18 untuk mempertahankan wilayah Brunei daripada ancaman musuh dan lanun. Sepanjang menjunjung titah Sultan Brunei di pantai barat utara Borneo, Raja Tua telah mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan. Hasil perkahwinan Raja Tua dengan wanita tempatan, Raja Tua telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Sehingga kini, putera dan puteri Raja Tua melahirkan ramai keturunan beliau di Negeri Sabah. Persoalannya, dimanakah kedudukan keturunan Raja Tua di Negeri Sabah? Siapakah mereka dan bagaimana mereka terkait sebagai keturunan Raja Tua di Sabah. Kajian ini mendapati bahawa suatu fakta yang amat menarik mengenai keturunan kerabat Raja Tua di Negeri Sabah adalah sehingga kini, mereka masih menyimpan salasilah keturunan mereka walaupun Negeri Sabah telah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini adalah menggunakan kaedah rujukan kepustakaan terutamanya di Pusat Sejarah Brunei, Arkib dan perpustakaan. Selain itu, kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data tentang keturunan Raja Tua di Negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa waris keturunan Raja Tua berada di beberapa pelusuk negeri Sabah dan mereka sehingga kini masih menyimpan salasilah mereka. Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan sejarah tentang latar belakang masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sabah terutamanya masyarakat Melayu Brunei. Sejarah tokoh Brunei ini penting dalam meningkatkan jati diri kaum Brunei dan mengekalkan warisan budaya Brunei di Sabah.

Zitieren

APA

Sidek, F., & Hamid, F. A. (2025). DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7195

Vancouver

Sidek F, Hamid FA. DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7195

BibTeX
@article{Sidek2025,
  author = {Sidek, Fatmah and Hamid, Fazli Abdul},
  title = {DIASPORA WARIS KETURUNAN KERABAT PENGIRAN TEMANGGONG ABDUL MOMIN AMIRUL FAZA@RAJA TUA DI NEGERI SABAH},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2025},
  doi = {10.51200/jba.v10i1.7195}
}
Kostenlos starten →